Corylus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bunduk (Jawi: بوندوق) ialah jenis pokok daun luruh dan renek besar berasal dari kawasan-kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara; spesies-spesies jenis pokok ini digolongkan dalam genus Corylus[2] keluarga Betulaceae,[1][3][4][5][6] tetapi ada beberapa ahli botani yang meletakkan genus tersebut dalam keluarga Corylaceae yang berasingan.[7][8] Pokok-pokok bunduk menghasilkan sejenis kacang. Sebanyak lebih satu juta hektar tanah ditanam pokok-pokok kacang ini pada tahun 2019.[9]:1
Nama bunduk dipinjamkan daripada nama بُندُق bunduq dalam bahasa Arab,[2][10] ia diserap daripada nama فندق funduk dalam bahasa Parsi meminjamkan nama Ποντικόν κάρυον Pontikón káryon yang bermaksud "kacang Pontos" dalam Bahasa Yunani sempena kawasan tempat subur Pontus.[11][12]
Remove ads
Kegunaan
Kacang-kacang jenis pokok ini terkenal dalam catatan anak didik Hippokrates yang diterjemahkan ilmuwan-ilmuwan Islam.[12][13]
Galeri
- Bentuk (Hazel farges)
- Katkin jantan (hazel biasa)
- Daun dan kacang dengan sekam berduri (hazel Turki)
- Bunga betina (hazel biasa)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads