Hippokrates

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hippokrates
Remove ads

Hippokrates dari Koos (Ἱπποκράτης ὁ Κῷος Hippokrátēs ho Kṓos, bahasa Inggeris: Hippocrates, Arab: بُقرَاط, rumi: Buqrāṭ[1] dimelayukan sebagai Bukrat;[a] k.k. 460 SM – k.k. 377 SM) yang telah digelarkan "Bapa Perubatan" ialah salah seorang pakar perubatan Yunani yang paling terkenal pada zamannya. Menurut tradisi biografi, beliau dilatih di sebuah kuil perbomohan di Kos, dan mungkin merupakan pelajar Herodicus. Karya-karya yang dikatakan ditulisnya (Corpus hippocraticum, atau "Karya-karya Hippokrates") menolak kepercayaan karut dan kuasa ajaib "ubat" primitif dan mengasaskan perubatan sebagai satu cabang sains. Tidak banyak diketahui terhadap kehidupan peribadi Hippokrates, tetapi sebilangan daripada pencapaian perubatanannya telah didokumenkan oleh ahli-ahli sejarah seperti Plato (Aflatun) dan Arstoteles (Arsatalis).

Thumb
Hippokrates: Imej lazim dalam arca "potret" Rom (turisan abad ke-19)
Remove ads

Karya

Thumb
Askleipion di Kos, sebuah pulau Greece.

Karya-karya Hippokrates memperkenalkan kerahsiaan penyakit, satu amalan yang masih dikekalkan pada hari ini. Ini diperihalkan di bawah Sumpah Hippokrates dan karya-karyanya yang lain. Hippokrates menyarankan bahawa pakar-pakar perubatan mencatatkan dapatan dan kaedah perubatan mereka supaya rekod-rekod itu boleh disampaikan dan digunakan oleh pakar-pakar perubatan yang lain.

Karya-karya Hippokrates yang lain mengaitkan trait personaliti dengan kelimpahan relatif untuk empat humor dalam badan: kahak, hempedu kuning, hempudu hitam, serta darah, dan merupakan pengaruh yang utama kepada Galen dan perubatan zaman pertengahan yang kemudian.

Hippocratic Corpus merupakan satu himpunan yang terdiri daripada hampir 60 buah karya yang ditulis antara tahun 430 SM dan 200 Masihi. Himpunan ini sebenarnya merupakan sekumpulan teks yang ditulis oleh banyak orang yang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dan yang telah salah digolongkan di bawah nama Hippokrates, mungkin oleh Perpustakaan Alexandria. Tiada sebarang teks yang termasuk dalam Corpus boleh dianggap sebagai ditulis oleh Hippokrates sendiri, dan sekurang-kurangnya satu daripada karya itu ditulis oleh Polybus, menantu lelakinya.

Karya Hippokrates yang paling terkenal ialah Sumpah Hippokrates; bagaimanapun, teks ini bukan ditulis oleh Hippokrates sendiri. Satu peraturan perubatan terkenal yang tak lapuk dek zaman dan dianggap berasal daripada Hippokrates ialah Primum non nocere ("pertama, buat yang tiada mudarat"); lagi satu ialah Ars longa, vita brevis ("seni adalah panjang, dan hidup pendek sahaja").

Senarai karya

Antara karya-karya berikut, tiada sebarang yang boleh membuktikan bahawa ini merupakan karya Hippokrates, tetapi telah dianggap sebagai sebahagian Corpus Hippocraticum:

  • Aforisme
  • Alat Pengurangan
  • Mengenai Epidemik
  • Mengenai Udara, Air, dan Tempat
  • Mengenai Perubatan Kuno
  • Mengenai Fistulae
  • Mengenai Fraktur
  • Mengenai Bawasir
  • Mengenai Kecederaan Kepala
  • Mengenai Regimen untuk Penyakit Akut
  • Mengenai Penyebutan
  • Mengenai Penyakit Suci
  • Mengenai Pembedahan
  • Mengenai Ulser
  • Buku Prognostik
  • Undang-undang
  • Sumpah
Remove ads

"Potret" Hippokrates

Ikonografi lazim untuk para pemuisi dan ahli falsafah Yunani dikekalkan dalam "potret" arca (gambar di atas) yang dihasilkan dalam bentuk siri untuk menghiaskan vila-vila kelas beradab Rom. Kerjaya-kerya yang berubah-ubah bagi imej-imej "watak" yang diunggulkan telah dikaji oleh Paul Zanker, The Mask of Socrates: The Image of the Intellectual in Antiquity (Topeng Socrates: Imej Ahli Intelektual pada Zaman Purba) yang telah diterjemahkan oleh Alan Shapiro. Berkeley: Percetakan Universiti California, 1996. ISBN 0-520-20105-1. Sila lihat Ulasan Klasik Bryn Mawr.

Remove ads

Petikan

  • "Dia yang tidak memahami astrologi bukannya seorang doktor, tetapi seorang yang bodoh."
  • "Sebenarnya terdapat dua perkara: sains, dan pendapat; yang pertama menghasilkan pengetahuan, yang kedua mengakibatkan kejahilan."

Lihat juga

  • Bangku Hippokrates
  • Muka Hippokrates
  • Jari Hippokrates (belantan)
  • Sumpah Hippokrates
  • Astrologi perubatan
  • Perubatan di Yunani

Nota

  1. Nama yang digunakan dalam manuskrip Taj us-Salatin[2]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads