Heath Ledger

From Wikipedia, the free encyclopedia

Heath Ledger
Remove ads

Heathcliff Andrew Ledger (4 April 1979-22 Januari 2008) ialah seorang pelakon Australia dan calon Anugerah Akademi.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...

Hidup awal

Dilahirkan di Perth, Australia, Ledger berketurunan Ireland serta Scotland, dan tinggal di Australia Barat. Dia menghadiri Sekolah Rendah Gunung Mary di Bukit Gooseberry, dan kemudian menghadiri Sekolah Menengah Guildford untuk melanjutkan pendidikan menengah dan persediaannya. Pada usia 16, Ledger tamat sekolah selepas mengambil peperiksaan ijazah awal, dan mengejar kerjayanya dalam bidang hiburan dewasa. [1] Dengan sahabat karibnya, Trevor DiCarlo, Ledger mengembara tumpang ke Sydney. Akan tetapi waktu rehatnya membawanya balik ke Perth untuk siri TV Sweat (1996) yang dilakonnya dalam peranan pelumba basikal homoseksual. Walaupun siri itu gagal memberikan kesan yang banyak, dia kemudian berlakon dalam siri televisyen Amerika, Roar.

Remove ads

Kerjaya filem

Pada tahun 1999, Ledger berlakon dalam filem komedi remaja Hollywood, 10 Things I Hate about You, serta sebagai watak utama dalam filem sanjungan Australia, Two Hands, yang diarahkan oleh Gregor Jordan. Sejak masa itu, dia telah berlakon dalam The Patriot sebagai anak watak Mel Gibson, dalam Monster's Ball sebagai anak watak Billy Bob Thornton, dalam A Knight's Tale, dalam Ned Kelly sebagai watak judul, dalam The Order, dan dalam The Brothers Grimm yang dilakonnya bersama Matt Damon.

Ledger mendapat satu tahun yang berjaya pada tahun 2001 kerana penerimaan Anugerah ShoWest untuk "Pelakon Lelaki Masa Depan" bagi persembahannya dalam The Patriot, serta kerana penayangan sejagat filem A Knight's Tale yang amat popular. Pada tahun 2003, Ledger dinamakan sebagai salah satu Tokoh Lelaki Tahun GQ Australia untuk pelakonan.

Pada tahun 2005, Ledger menerima pencalonan "Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama" Golden Globe untuk persembahan sanjungannya dalam Brokeback Mountain yang dilakonnya sebagai Ennis Del Mar, seorang pekerja ladang ternak Wyoming yang membuat hubungan cinta dengan Jack Twist, seorang yang berhasrat menjadi penunggang rodeo, yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal. Dalam ulasan New York Times bagi Brokeback Mountain, pengkritik filem, Stephen Holden, menulis:

"Both Mr. Ledger and Mr. Gyllenhaal make this anguished love story physically palpable. Mr. Ledger magically and mysteriously disappears beneath the skin of his lean, sinewy character. It is a great screen performance, as good as the best of Marlon Brando and Sean Penn."

Dalam lagi satu ulasan dalam majalah Rolling Stone, pengkritik filem Peter Travers menulis:

"Ledger's magnificent performance is an acting miracle. He seems to tear it from his insides. Ledger doesn't just know how Ennis moves, speaks and listens; he knows how he breathes. To see him inhale the scent of a shirt hanging in Jack's closet is to take measure of the pain of love lost."

Ledger menerima anugerah "Pelakon Lelaki Terbaik 2005" untuk peranannya dalam filem Brokeback Mountain daripada kedua-dua Lingkungan Pengkritik Filem New York dan Lingkungan Pengkritik Filem San Francisco. Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk "Pelakon Lelaki Terbaik" untuk persembahannya.

Pada musim bunga 2006, Ledger diumumkan akan melakonkan watak Bob Dylan dalam filem I'm Not There. Walaupun tidak sebenarnya melakonkan Dylan, Ledger bersama pelakon-pelakon lain akan melakonkan aspek-aspek sifat watak Dylan yang berbeza.

Pada 31 Julai 2006, Ledger disahkan secara rasmi untuk berlakon sebagai The Joker, orang jahat buku komik ikonik, dalam filem The Dark Knight, susulan filem 2005 Batman Begins, di samping I'm Not There yang dilakon oleh Christian Bale. Filem itu akan siap pada tahun 2008. Diarkibkan 2012-07-17 di Wayback Machine

Remove ads

Perhubungan dengan akhbar

Ledger telah mengalami perhubungan yang bergelora dengan media-media berita, terutamanya jurugambar akhbar. Dia dikatakan meludahi dan menyerang seorang jurugambar di Sydney pada tahun 2004, manakala saudaranya juga dikatakan meludahi seorang jurugambar pada tahun 2005. Ledger berkeras menafikan tuduhan itu. [2] Pada 13 Januari 2006, banyak jurugambar membalas dengan memancut Ledger dengan pistol-pistol air ketika dia berjalan di atas permaidani merah untuk tayangan perdana Brokeback Mountain di Sydney.

Ledger baru-baru ini telah dikritik dalam akhbar-khbar selepas kelakuannya di atas pentas semasa penyampaian Anugerah Persatuan Pelakon Filem 2005. Dia didapati ketawa berdekit-dekit, dan kelakuannya itu diperihalkan sebagai aneh ketika menyampaikan pencalonan filem Brokeback Mountain untuk Persembahan Barisan Pelakon dalam Filem. Akhbar Los Angeles Times memerihalkan kelakuannya sebagai "sejenis olok-olokan homoseksual". [3] Ledger kemudian berhubung dengan Times untuk menerangkan kelakuannya sebagai suatu gugup pentas yang diakibatkan oleh ketidaksediaan menyampaikan pencalonan tersebut kerana hanya diberikan tugas itu beberapa minit sebelum itu. "Aku meminta maaf atas patah jiwaku," Ledger berkata kepada akhbar itu. [4]

Ledger juga dibidas selepas dia dipetik dalam akhbar Australia, Herald Sun, pada bulan Januari 2006 kerana menghina Virginia Barat, sebuah negeri Amerika Syarikat. Apabila Ledger salah menganggap bahawa negeri itu mengharamkan filemnya, "Brokeback Mountain", dia membuat penyataan bahawa Virginia Barat mempunyai hukuman bunuh tanpa perbicaraan sehingga 1980-an. Kenyataan-kenyataan itu telah dipertikaikan oleh ahli-ahli arkib dan sejarah yang menunjukkan bahawa hukuman bunuh terakhir tanpa perbicaraan diadakan di Virginia Barat pada tahun 1931. Diarkibkan 2007-10-12 di Wayback Machine

Kehidupan peribadi

Ledger menjalin hubungan cinta dengan Naomi Watts yang dikenalinya di set Ned Kelly pada 2002. Mereka mula keluar pada Ogos 2002. Mereka menamatkan perhubungan mereka pada April 2004. Sebelumnya, dia keluar dengan pelakon Lisa Zane dan Heather Graham.

Ledger baru-baru ini bertunang dengan pelakon Michelle Williams yang ditemuinya di set Brokeback Mountain. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Matilda Rose, yang dilahirkan pada 28 October, 2005. Ayah pembaptisannya ialah Jake Gyllenhaal dan ibu pembaptisannya Busy Philipps, pelakon sama Michelle dalam Dawson's Creek.

Dia seorang penyokong Kelab Bola Sepak Eagles Pantai Barat dalam Liga Bola Sepak Australia.

Semenjak 2006, Ledger tinggal di Brooklyn, New York [5] dan menjual rumahnya di Bronte, New South Wales, Australia, untuk A$7 juta.[6][7].

Remove ads

Kematian

Templat:Current-section

Ledger ditemui mati di dalam sebuah pangsapuri di kejiranan SoHo, New York pada 22 Januari 2008. Mayat Ledger ditemui sekitar jam 3:26pm (waktu tempatan)EST[8] oleh seorang penjaga rumah dan pakar terapi urut yang masuk ke dalam bilik tidur Ledger dan mendapatinya tidak sedar di atas katil dengan pil tidur berdekatan. Pihak polis tidak mengesyaki adanya perbuatan khianat[9][10] dan tidak menolak samada bunuh diri atau pengambilan berlebihan secara tidak sengaja.[11]

Remove ads

Filemografi


Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Akademi

Anugerah Akademi, atau "Oscars" adalah satu set penghargaan yang diberikan setiap tahun untuk kecemerlangan pencapaian sinematik. Anugerah yang dianjurkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS), pertama kali diadakan pada tahun 1929 di Hotel Roosevelt Hollywood.

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Australian Film Institute Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Brisbane International Film Festival Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

British Academy Film Awards

The British Academy Film Award is an annual award show presented by the British Academy of Film and Television Arts. The awards were founded in 1947 as The British Film Academy, by David Lean, Alexander Korda, Carol Reed, Charles Laughton, Roger Manvell and others.[19] Ledger received one award from two nominations.

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Golden Globe Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Independent Spirit Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Inside Film Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

People's Choice Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Satellite Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Saturn Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Scream Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...

Screen Actors Guild Awards

Maklumat lanjut Year, Nominated work ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads