Sepit udang
genus tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sepit udang atau Pisang Kaki ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Heliconia. Genus ini genus tunggal dalam keluarga Heliconiacae dan mempunyai kira-kira 194 spesies diketahui[3] yang tumbuh asal di kawasan tropika benua-benua Amerika dan Maluku, Indonesia ke kepulauan barat Lautan Pasifik.[2]

Ia merupakan sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman rumah. Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang menarik tetapi tidak mempunyai bau. Walau bagaimanapun, pokok yang rimbun agak menyemak sekiranya tidak dijaga dengan baik.
Remove ads
Taksonomi
Nama genus Heliconia diberikan Carl Linnaeus pada tahun 1771 daripada kata bahasa Yunani Purba Ἑλικώνιος Helikṓnios daripada Gunung Helikon di Yunani.[4]
Ia dahulunya dimasukkan di bawah keluarga Musaceae.[5]
- Spesies terpilih
|
|
Beberapa kultivar telah dipilih bagi tanaman laman, termasuk:
- H. psittacorum L. f. x H. spathocircinata Aristeg., dua-dua spesies Amerika Selatan, terutamanya Brazil.
- H. x rauliniana Barreiros = H. marginata Pettier (Venezuela) x H. bihai L. f. (Brazil).
Remove ads
Botani
Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia (Burung Cenderawasih), dan pisang yang berkaitan.
Pokok dan daun
Helai daunnya berbentuk ringkas dan lonjong dengan ukuran sepanjang 15-300 sm. Daun-daun pokok sepit udang disusun berlawanan pada batang tidak berkayu yang biasanya lebih panjang berbanding tangkai dan seringkali membentuk rimbunan apabila tua.[6]
Bunga
Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari celah pelindung.
Kuntum-kuntum sepit udang mengeluarkan madu yang banyak, madu ini sumber makanan penting kepada kelicap hutan[6][7] yang turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.

Remove ads
Penjagaan
Heliconia ditanam bagi perniagaan menjual bunga dan sebagai pohon hiasan. Bunga H. psittacorum, atau Sepit Udang Nuri (Parrot Heliconia), amat menyerlah, kerana bunganya yang bewarna kuning kehijauan dan tompok hita, menyerupai bulu burung Nuri.
Galeri
Heliconia stricta di Kula Ace Hardware dan Nursery, Maui - Heliconia rostrata di Costa Rica
- di Costa Rica
- H. mariae di Hawaii
- H. rostrata at Kew Gardens, London
- H. latispatha di Belize
- Bunga H. latispatha
- H. sp. di Banjaran Escambray, Cuba
- H. sp di hutan hujan tropika Sirra Escambray, Cuba
- H. imbricata
Lihat juga
- National Tropical Botanical Garden, dijadikan pusat pemeliharaan oleh Persatuan Heloconia Antarabangsa (Heliconia Society International).
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
