Helios Eclipse

From Wikipedia, the free encyclopedia

Helios Eclipse
Remove ads


Helios Eclipse ialah sebuah komik fantasi romantik yang sedang berjalan karya kartunis wanita Malaysia, Kaoru. Ia disirikan di dalam Starz pada isu pertama majalah tersebut pada 1 Jun 2004. Kemudiannya, ia telah dipindahkan ke Gempak, majalah lain di bawah syarikat yang sama.

Fakta Segera Maklumat penerbitan, Penerbit ...

Sehingga kini, Helios Eclipse telah pun dikeluarkan dalam lima buah novel grafik.

Remove ads

Sinopsis

Pada suatu hari, ketika Mineko pulang dari sekolah, tiba-tiba muncul seorang lelaki dari alam lain bernama Helios dalam keadaan cedera parah di biliknya. Setelah rakan sekolahnya, Tooru dan Kazura secara kebetulan mengetahui hakikat ini, rahsia sebenar sekalian keadaan mula terbongkar apabila Helios mengakui bahawa dia adalah salah seorang daripada tiga pemerintah dunia magik dan kini, melalui Hari Darkross, dia bakal dibunuh disebabkan oleh kesilapannya yang lalu.

Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads