Hello Counselor

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Hello Counselor (Korea: 안녕하세요; RR: Annyeonghaseyo; lit. Hello) adalah sebuah rancangan hiburan realiti Korea Selatan yang mula ditayangkan pada 22 November 2010. Ia dibarisi pengacara Shin Dong-yup, Lee Young-ja dan Cultwo (Jung Chan-woo, Kim Tae-gyun). Choi Tae-joon menyertai rancangan ini sebagai pengacara dari 29 Ogos 2016 hingga 4 September 2017. Selepas 8 tahun bertugas sebagai pengacara, Jung Chan-woo telah keluar dari rancangan ini selepas siaran 23 April 2018 kerana masalah kesihatan.[1][2][3]

Menurut keterangan rasmi rancangan ini melalui KBS, Hello Counselor merupakan sebuah rancangan bual bicara yang memfokuskan kepada orang biasa, tidak mengira umur atau jantina, yang bertujuan untuk merapatkan jurang komunikasi dengan berkongsi cerita tentang kehidupan. Episod baru disiarkan pada setiap hari Isnin di KBS2, dan ditayangkan semula bersama sari kata bahasa Inggeris seminggu kemudian di KBS World pada slot waktu yang sama.

Remove ads

Episod

2010-2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2018

Four Helpers

Pada bulan Januari 2016, KBS mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Shanghai Media Group untuk rancangan mereka berjudul Four Helpers (四大名助), didakwa bahawa rancangan tersebut telah meniru set studio, reka bentuk, format, sistem undian dan pemarkahan rancangan serta aspek-aspek lain rancangan Hello Counselor. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KBS menuntut penamatan serta-merta rancangan Four Helpers berdasarkan pelanggaran hak penerbitan dan sekiranya siaran diteruskan, pihak KBS akan membabitkan Pentadbiran Penerbitan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Negara Cina dan mengambil tindakan undang-undang.[4]

Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads