Hermès Paris

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hermès Paris
Remove ads

Hermès International S.A atau ringkasnya Hermès adalah sebuah syarikat Perancis yang bekerja dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan produk mewah, terutama dalam bidang barangan kulit, siap pakai, minyak wangi, pembuatan jam tangan, rumah, seni hidup dan seni meja. Syarikat ini ditubuhkan di Paris pada tahun 1837.[3].

Fakta Segera Nama asli, Jenis/bentuk sah ...

Kekayaan profesional keluarga dianggarkan bernilai 39,600 juta euro.

Remove ads

Sejarah

Pembukaan syarikat

Pada tahun 1837, Thierry Hermès membuka sebuah bengkel abah-abah dan tali kekang di Grands Boulevards, Paris bertukang untuk kuda-kuda tunggangan para bangsawan Eropah pada ketika itu.[4][5] Abah-abah ditukang Thierry diamati bermutu tinggi sehingga menjadi pilihan untuk kuda penarik kereta,[6] malah berhasil memenangkan banyak anugerah, termasuk juara pertama di kelasnya pada tahun 1855 dan kembali meraih tempat pertama pada tahun 1867 di suatu Pameran Sedunia (Expositions Universelles) yang diadakan di Paris.[6][7]

Seorang anak Thierry, Charles-Émile,[8] mengambil alih syarikat ini sebagai pengerusinya pada tahun 1880, serta memindahkan kedai mereka ke 24 rue du Faubourg Saint-Honoré. Dengan bantuan dua anaknya, Adolphe dan Émile-Maurice, Charles-Émile memperkenalkan produk pelana dan mulai serta mula menjual barangan tukangan mereka kepada khalayak ramai.[6] Perusahaan ini pun berhasil menarik perhatian masyarakat kelas atas di Eropah, Afrika Utara, Rusia, Asia, dan Amerika. Pada tahun 1900, perusahaan ini menawarkan beg tas Haut à Courroies, yang khusus dirancang untuk pengemudi kuda membawa barang mereka atas pelana mereka dengan lebih mudah.

Peluasan bidang dan pasaran

Pada tahun 1918, Hermès mengeluarkan jaket golf kulit pertamanya dengan kemudahan zip (yang dipegang mereka secara eksklusif pada ketika itu)[6] untuk Edward, Putera Wales.[7]

Émile-Maurice memulakan penghasilan pakaian dan aksesori langsung dari syarikat ini sendiri pada dekad 1920-an.[4][5][9] Beliau juga melatih tiga anak tirinya (Robert Dumas, Jean-René Guerrand, dan Francis Puech) agar dapat menjadi rakan perniagaan. Pada tahun 1922, perusahaan ini memperkenalkan produk beg tangan kulit pertamanya atas permintaan isteri Émile-Maurice yang menginginkan barang sebegitu mengikuti seleranya.[8]

Remove ads

Pembahagian pengeluaran

Syarikat ini membahagikan tumpuan pengeluarannya seperti berikut (setakat 2021):[10]

  • 50.2% barangan kulit dan pelana kuda;
  • 22.1% pakaian, kasut dan aksesori;
  • 13.4% lain-lain termasuk barangan kemas, gaya hidup dan kelengkapan meja;
  • 7.1% kain-kain termasuk sutera;
  • 4.1% minyak wangi;
  • 3.1% jam

Meskipun peranan kuda sebagai kaedah pengangkutan utama yang merupakan hala tuju asal syarikat telah lama menghilang seiring kemaraan teknologi, ia masih dapat beradaptasi melalui penjalinan huhungan dengan sukan yang berkaitan[11] termasuk penganjuran pertandingan sukan berkuda.

Remove ads

Pautan

  • Bisazza

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads