Hidden Place

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hidden Place
Remove ads

"Hidden Place" ialah lagu yang ditulis oleh Björk, Guy Sigsworth dan Mark Bell serta diterbit oleh Björk. Lagu ini merupakan single sulung daripada album keempat Björk yang bertajuk Vespertine.

Fakta Segera Single oleh Björk, daripada album Vespertine ...

Lagu yang menjadi lagu pertama dalam album Vespertine ini mempunyai rentak yang senyap, membolehkannya menjadi sebuah lagu pembukaan bagi album Vespertine. Lagu ini mengandungi contoh bunyi diambil daripada kocokan kad, sama seperti lagu "Cocoon".

Melodi menaik yang terdapat dalam korus lagu ini telah diambil daripada karya Arnold Schoenberg, bertajuk "Verklärte Nacht".

Versi album bagi lagu ini mengandungi lirik yang tidak terdapat dalam versi single mahupun versi video.

Remove ads

Senarai lagu dalam single

Cakera padat 1 UK serta Eropah dan keluaran Australia, Jepun, Taiwan dan Mexico

  1. "Hidden Place" (Suntingan)
  2. "Generous Palmstroke"
  3. "Verandi"

Cakera padat 2 UK serta Eropah

  1. "Hidden Place" (A capella)
  2. "Mother Heroic"
  3. "Foot Soldier"

DVD 3 UK, Eropah, Mexico, Amerika Syarikat dan Jepun

  1. "Hidden Place" (Suntingan)
  2. "Generous Palmstroke"
  3. "Verandi"

Cakera padat Eropah 2 lagu

  1. "Hidden Place"
  2. "Generous Palmstroke"

Cakera padat promo UK dan Sepanyol

  1. "Hidden Place" (Suntingan)

Cakera padat promo Amerika Syarikat

  1. "Hidden Place" (Suntingan)
  2. "Hidden Place"

DVD promo Amerika Syarikat

  1. "Hidden Place"
Remove ads

Video muzik

Video muzik ini merupakan kerjasama antara dua kumpulan artis visual, iaitu M/M Paris serta duo jurugambar Inez van Lamsweerde dan Vinoodh Matadin.

Thumb
Tampilan video muzik "Hidden Place.

Video muzik ini menunjukkan Björk berada di hadapan latar belakang hitam. Video tersebut bermula dengan Björk berdiri kaku dengan mukanya dilindungi rambutnya selama kira-kira 21 saat. Setelah itu, lagu "Hidden Place" mula kedengaran dan rambutnya ditiup angin. Kamera mendekati mukanya sedikit demi sedikit.

Babak seterusnya pula babak utama di dalam video muzik ini, di mana suatu cecair kelihatan keluar dan masuk dari rongga-rongga di muka Björk. Cecair tersebut mula muncul keluar dari mata kanan, seterusnya masuk ke dalam mulut. Selepas itu dari mulut keluar pula cecair berwarna jingga lalu mengalir ke dalam lubang hidung kiri. Kemudian cecair tersebut keluar dari mata kiri, mengalir ke dalam mulut. Sejurus selepas itu, suatu cecair berwarna hitam muncul dari mulut, di mana ia terbahagi kepada setengah bahagian - setengah mengalir ke dalam lubang hidung kanan, sementara setengah lagi mengalir di luar hidung. Kemudian seluruh kitaran tersebut bermula lagi.

Di samping itu, terdapat juga babak menunjukkan imej Björk di dalam mulutnya serta lembaga berbentuk rahim muncul secara tiba-tiba dari mulutnya.

M/M Paris sebelum ini pernah bekerja bersama Björk di mana beliau telah menyuruh mereka untuk mereka kulit bagi DVD beliau, Volumen, di mana M/M Paris juga telah bekerjasama bersama Inez & Vinoodh.

Remove ads

Versi

  • Versi album
  • Versi video
  • Versi a capella
  • Suntingan
  • Mix Hearts & Bones

Lirik lagu

Lirik lagu ini adalah tentang Björk menyimpan perasaan serta perhubungan cinta dalam dirinya.

'Hidden Place' adalah seperti bagaimana dua orang dapat mencipta syurga hanya dengan bersatu. Anda mempunyai lokasi emosi yang saling berkait. Dan ia kukuh.

Björk, CDnow, 27 Julai 2001

Carta

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads