Hidrogen bromida

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hidrogen bromida
Remove ads

Hidrogen bromida ialah molekul dwiatom dengan formula kimia HBr. HBr ialah gas dalam keadaan piawai. Asid hidrobromik terbentuk apabila HBr dilarutkan dalam air. Sebaliknya, HBr boleh dibebaskan daripada larutan asid hidrobromik dengan penambahan agen penyahhidratan, tetapi tidak melalui penyulingan. Oleh itu, hidrogen bromida dan asid hidrobromik bukan bahan yang sama, tetapi kedua-duanya berkait. Biasanya, ahli kimia merujuk kepada asid hidrobromik dengan nama "HBr", dan walaupun ia boleh difahami oleh kebanyakan ahli kimia, penggunaan ini tidak tepat dan boleh mengelirukan mereka yang kurang pakar.

Fakta Segera Nama, Pengecam ...
Remove ads

Ciri-ciri fizikal

Pada suhu bilik, HBr ialah gas tidak boleh terbakar dengan bau yang menusuk hidung. Ia membentuk wasap dalam udara lembap kerana membentuk asid hidrobromik. HBr sangat terlarut dalam air; ia membentuk larutan asid hidrobromik yang berkepekatan 68.85% HBr mengikut berat pada suhu bilik. Larutan akua yang berkandungan 47.6% HBr mengikut berat membentuk campuran didih malar (azeotrop terbalik) yang mendidih pada suhu 124.3 °C. Pendidihan larutan yang kurang tertumpu membebaskan H2O sehingga komposisi campuran didih malar dicapai.

Remove ads

Kegunaan

Terdapat banyak kegunaan HBr dalam sintesis kimia. Misalnya, HBr digunakan untuk penghasilan alkil bromida daripada alkohol:

ROH + HBr → RBr + H2O

HBr ditambahkan kepada alkena dan membentuk bromoalkana, kumpulan penting sebatian organobromin:

RCH=CH2 + HBr → RCH(Br)-CH3

HBr ditambahkan kepada alkuna untuk membentuk bromoalkena. Stereokimia jenis penambahan ini biasanya anti:

RC≡CH + HBr → RC(Br)=CH2

HBr ditambahkan kepada haloalkena untuk membentuk dihaloalkana geminal. (Jenis penambahan ini mematuhi aturan Markovnikov):

RC(Br)=CH2 + HBr → RC(Br2)-CH3

Juga, HBr digunakan untuk membuka epoksida dan lakton, dan dalam sintesis bromoasetal. Tambahan lagi, HBr memangkin banyak tindak balas organik.[5][6][7][8]

HBr telah dicadangkan untuk digunakan dalam bateri jenis aliran skala utiliti.[9]

Remove ads

Penyediaan peringkat industri

Hidrogen bromida (dan asid hidrobromik) dihasilkan dalam skala yang lebih kecil daripada sebatian florida yang serupa. Dalam penyediaan peringkat industri utama, hidrogen dan bromin digabungkan pada suhu di antara 200-400 °C. Tindak balas ini biasanya dimangkin oleh platinum atau asbestos.[6][10]

Sintesis makmal

HBr boleh disintesis melalui pelbagai kaedah. Ia boleh dihasilkan di makmal melalui penyulingan larutan natrium atau kalium bromida dengan asid fosforik atau asid sulfurik cair:[11]

2KBr + H2SO4 → K2SO4 + 2HBr

Asid sulfurik pekat tidak berkesan kerana HBr yang terbentuk akan teroksida dan membebaskan gas bromin:

2HBr + H2SO4 → Br2 + SO2 + 2H2O

Asid ini boleh disediakan melalui kaedah-kaedah lain juga seperti tindak balas bromin sama ada dengan fosforus atau sulfur, dan air:[11]

2Br2 + S + 2H2O → 4HBr + SO2

Selain itu, HBr boleh dihasilkan melalui pembrominan tetralina (1,2,3,4-tetrahidronaftalena):[12]

C10H12 + 4Br2 → C10H8Br4 + 4HBr

Hidrogen bromida juga boleh dibentuk oleh penurunan bromin oleh asid fosforus:[6]

Br2 + H3PO3 + H2O → H3PO4 + 2HBr

Hidrogen bromida kontang boleh dihasilkan dalam skala kecil melalui termolisis trifenilfosfonium bromida dalam xilena merefluks.[5]

HBr yang disediakan menggunakan kaedah-kaedah di atas boleh dicemari oleh Br2, yang boleh dikeluarkan dengan menyalurkan gas tersebut melalui lingkaran Cu atau melalui fenol.[10]

Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads