Hippocamelus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hippocamelus
Remove ads

Hippocamelus ialah genus daripada Cervidae, keluarga rusa. Ia terdiri daripada dua spesies Andes dan dua spesies fosil. Anggota yang masih hidup biasanya dikenali sebagai huemul (daripada bahasa Mapuche), dan taruca.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...
Remove ads

Spesies hidup

Rusa Andes Selatan atau huemul (Hippocamelus bisulcus) dapat ditemui di Chile dan Argentina. Huemul hidup dalam kumpulan dengan saiz yang berbeza-beza, biasanya dua atau tiga ekor. Pada masa lalu, kumpulan lebih seratus ekor telah dilaporkan.[perlu rujukan] Kumpulan terdiri daripada seekor betina dan anaknya, manakala jantan sering bersendirian.

Huemul terdapat di beberapa taman negara Chile dan bahagian negara jiran Argentina, dan diiktiraf sebagai spesies terancam sejak 1996. Ia terancam terutamanya disebabkan oleh perbuatan manusia seperti penebangan hutan, pemecahan habitat oleh jalan raya, pengenalan mamalia bukan asli seperti haiwan ternakan dan pemburuan haram. Mereka berada dalam "lingkaran kepupusan" klasik yang ditandai dengan populasi yang semakin kecil dan terpencil.[perlu rujukan] Huemul, bersama dengan condor merupakan haiwan kebangsaan Chile.

Taruca (Hippocamelus antisensis) ditemui di Peru serta sebahagian Bolivia, dan di padang rumput Puna tak berpokok. Mereka tinggal di altitud tinggi, dari 2,500 hingga 5,200 meter di atas paras laut. Tabiat sosial termasuk merumput dalam kumpulan fleksibel sehingga 30 ekor yang terdiri daripada satu atau dua jantan dan beberapa betina.[1]

Remove ads

Taksonomi dan evolusi

Pada 2008, satu kajian genetik membayangkan bahawa kedua-dua spesies hidup mungkin tidak berkaitan, dan taruca perlu dimasukkan di bawah genus berbeza.[2] Walau bagaimanapun, satu kajian terkini membantah keputusan ini.[3]

Fosil kepunyaan spesies pupus Hippocamelus sulcatus telah dikenal pasti dari Brazil, Uruguay, dan Argentina. Spesies ini mendiami habitat dataran rendah, bukannya gunung, dan hidup antara 1.5 dan 0.5 juta tahun yang lalu, yakni semasa pertengahan hingga akhir Pleistosen. Hubungan tepatnya dengan spesies hidup kini tidak jelas. Spesies fosil kedua, Hippocamelus percultus, dikenali dari Andes Bolivia, dan hidup sekitar 40,000 hingga 20,000 tahun dahulu; ia mungkin nenek moyang langsung taruca.[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads