Horcrux
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Horcrux ialah objek sihir rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Konsep Horcrux untuk pertama kalinya dinyatakan dalam siri keenam, Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Horcrux-horcrux tersebut telah ditampilkan dalam siri-siri sebelumnya walaupun tidak pernah diperkenalkan sebagai horcrux. Rowling mempergunakan watak guru Posyen Horace Slughorn untuk menjelaskan mengenai Horcrux ini. Horcrux ialah tumpuan utama dalam buku terakhir, Harry Potter dengan Azimat Maut.
Remove ads
Takrifan
Horcrux ialah "suatu bekas bagi seorang Ahli Sihir Hitam menyembunyikan bahagian jiwanya untuk tujuan mencapai keabadian".[1] Dengan sebahagian jiwa yang disimpan, seorang ahli sihir mempunyai hidup yang sangat panjang selagi horcrux itu kekal utuh yang biasanya disimpan di tempat yang selamat. Jika tubuh si ahli sihir hancur, bahagian jiwa yang terasing itu tetap terpelihara dalam horcrux tersebut.[2] Namun demikian, tubuh si pembuat Horcrux yang hancur akan menyebabkan penyihir itu dalam keadaan "separuh-hidup" kerana mereka kehilangan bentuk fizikal.[3] Ilmu hitam yang diperlukan untuk mencipta sebuah horcrux dianggap sebagai sihir keji yang sangat tercela hingga jarang sekali diceritakan atau diterbitkan, walaupun dalam buku-buku Ilmu Hitam.
Horcrux dapat dibuat daripada barang biasa, termasuk benda hidup. Kehancuran horcrux itu akan menghancurkan juga bahagian jiwa yang disimpan di dalamnya, mengakhiri perlindungannya, dan mengembalikan si pembuat kepada keadaan biasa iaitu dapat mati, kecuali jika si pembuat memiliki horcrux yang lain. Kehancuran suatu horcrux memerlukan sihir yang kuat yang menyebabkan horcrux itu tidak dapat memperbaiki dirinya sendiri, misalnya dengan mempergunakan bisa basilisk atau kutukan api. Jika seorang penyihir telah membuat lebih daripada satu horcrux, ia akan tetap dalam keadaan 'kebal' dan abadi hingga semua horcrux itu dihancurkan. Tanpa horcrux, si penyihir akan mati secara normal jika terluka atau terbunuh.[4]
Lord Voldemort merupakan satu-satunya ahli sihir yang secara jelas disebutkan telah membuat horcrux (walaupun ada juga ahli sihir lain yang turut membuatnya), dan merupakan satu-satunya penyihir yang diketahui pernah mencipta lebih daripada satu horcrux.[5]
Remove ads
Horcrux Voldemort
Pembuatan horcrux Voldemort ialah tumpuan utama plot terakhir siri Harry Potter. Voldemort mempercayai bahawa tujuh ialah angka ajaib yang sangat kuat sehingga dia dengan sengaja merancang membuat enam horcrux sementara bahagian ketujuh jiwanya tetap berada di dalam tubuhnya.[HP6] Namun, akibat jiwanya yang tidak stabil, Voldemort secara tidak sengaja telah membahagi jiwanya menjadi "lapan" bahagian ketika dia gagal membunuh Harry. Sumpahan Pembunuh yang gagal itu bukan sahaja menghancurkan tubuh Voldemort, tetapi juga merobek dan memasukkan bahagian jiwanya ke dalam Harry. Voldemort yang tidak menyedari hal ini, mencipta Nagini sebagai horcrux "ketujuh" dan terakhir.
Semua horcrux yang dicipta secara sedar oleh Voldemort dibuat dengan menggunakan barang yang mempunyai nilai yang penting atau cukup sentimental baginya.[HP6] Voldemort mempergunakan peninggalan-peninggalan keempat-empat pengasas Hogwarts (kecuali peninggalan Godric Gryffindor), diarinya (yang menceritakan bukti bahawa dia ialah keturunan Salazar Slytherin), cincin keluarga Peverell yang dipunyai oleh datuknya, dan ular Nagini.
Objek-objek pengasas juga mempunyai perlindungan tersendiri mengikut unsur-unsur; loket Slytherin dengan air, dan piala Hufflepuff dengan tanah. Walaupun mahkota Ravenclaw tidak mempunyai perlindungan istimewa yang dipasang Voldemort (kerana dia hendak cepat), Harry terpaksa menangkapnya dengan menaiki penyapu selepas ia tercampak ke udara oleh raksasa Fiendfyre. Kemusnahannya melalui api juga sama dengan kemusnahan horcrux lain oleh peninggalan pengasas keempat, pedang Gryffindor.
Dalam kesombongannya, Voldemort memberitahukan pembayang mengenai pembuatan horcrux-horcrux tersebut kepada para pengikutnya. Mengetahui mengenai horcrux ini, Regulus Black mengagak dengan tepat bahawa loket Salazar Slytherin ialah salah satu horcrux, dan mengorbankan dirinya untuk mengambilnya.[6]
Setiap horcrux dihancurkan oleh orang yang berlainan, seperti dalam jadual berikut:
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads