Hospital Besut

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hospital Besut
Remove ads

Hospital Besut merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di bandar Jerteh, Terengganu. Ia berada kira-kira 1 km dari pusat bandar Jerteh, 115 km dari Hospital Kuala Terengganu, 62 km dari Hospital USM Kubang Kerian dan 60.2 km dari Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Fakta Segera Organisasi, Pembiayaan ...

Hospital Besut memberi perkhidmatan kepada penduduk daerah Besut, sebahagian dari penduduk daerah Setiu dan daerah Pasir Puteh, Kelantan. Hospital ini adalah hospital yang mempunyai 140 katil dan ia adalah hospital daerah yang tiada perawatan pakar, hanya menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam.

Pesakit yang memerlukan pakar dirujuk di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu atau Hospital Kota Bharu,di kubang kerian Kelantan.

Perkhidmatan yang terdapat di Hospital Besut termasuk:

Perkhidmatan Klinikal
 • Unit Pengimejan Diagnostik
 • Unit Perkhidmatan Patologi
 • Unit Farmasi dan Bekalan
 • Unit Kecemasan
 • Unit Pesakit Dalam
 • Unit Fisioterapi
 • Unit Pesakit Luar

Perkhidmatan Bukan Klinikal

 • Unit Rekod Perubatan
 • Unit Pentadbiran
 • Unit Teknologi Maklumat
Remove ads

Alamat

Hospital Besut
Jerteh
22000 Besut
Terengganu

Pautan luar


Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads