Hotel Ryugyong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hotel Ryugyong (Korea: 류경호텔, "hotel kota dedalu") ialah sebuah pencakar langit yang masih belum siap di Pyongyang, Korea Utara. Bangunan ini memiliki tinggi 330 meter, 105 buah tingkat dan berbentuk piramid. Nama bangunan ini ialah salah satu nama lama bagi Pyongyang.[3] Setakat ini, bangunan ini disahkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai bangunan tak berpenghuni tertinggi dunia.[4]
Pembinaan bangunan ini bermula pada 1987 tetapi berhenti pada 1992 akibat pembubaran Kesatuan Soviet serta masalah kebuluran yang melanda rakyat Korea Utara. Pembinaan bersambung pada 2008 dengan bahagian luar siap pada 2011. Pada ketika itu, bangunan ini ingin dibuka pada 2012 sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Kim Il-sung. Kini, bangunan ini masih belum disiapkan.
Remove ads
Pembinaan
Permulaan pembinaan
Rancangan pembinaan sebuah hotel gergasi dilaporkan sebagai tindak balas terhadap pembinaan hotel terbesar dunia pada masa itu, Hotel Westin Stanford (kini Swissôtel The Stamford) di Singapura pada 1986 oleh Kumpulan SsangYong dari Korea Selatan dan berkait dengan Perang Dingin.[5] Pembinaan bermula oleh Baikdoosan Architects & Engineers pada 1987.[6]
Pembinaan hotel dijadualkan untuk siap pada 1992 sempena ulang tahun ke-80 Kim Il-sung, tetapi masalah kaedah serta bahan pembinaan menundakan pembinaan.[7] Sekiranya siap mengikut jadual, hotel ini akan menjadi hotel tertinggi dunia serta bangunan ketujuh tertinggi dunia.[8][2]
Penghentian pembinaan
Pada 1992, kerja pembinaan terhenti akibat krisis ekonomi yang disebabkan oleh pembubaran Kesatuan Soviet.[9] Selama lebih sedekad, bangunan ini hanya wujud sebagai rangka konkrit tanpa tingkap yang kosong. Pihak kerajaan negara mengubah gambar-gambar rasmi dengan membuang gambar bangunan ini dalam latar belakang serta peta Pyongyang.[8][9]
Penyambungan semula
Kerja pembinaan diteruskan semula oleh syarikat Mesir, Orascom Group pada April 2008.[10] Bahagian luar bangunan dilaporkan siap pada Julai 2011.[11] Bahagian ini termasuklah tingkap luar dan antena telekomunikasi.[12] Pada September 2012, gambar-gambar bahagian dalam bangunan diterbitkan oleh Koryo Tours dengan beberapa perabot dan lekapan dapat dilihat.[13][14]
Pada 2017 dan awal 2018, pembinaan jalan raya hotel dijalankan.[15][16] Pada April 2018, sebuah paparan bendera Korea Utara LED ditambah di bahagian atas hotel.[17] Pada bulan Mei, paparan LED telah dipasang di seluruh bahagian sisi bangunan.[18]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads