Hunter Biden
peguam, penasihat pelaburan, pelobi dan anak kedua Presiden terpilih Joe Biden From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Robert Hunter Biden (lahir 4 Februari 1970) adalah seorang peguam Amerika Syarikat dan penasihat pelaburan yang merupakan anak kedua kepada presiden terkini, Joe Biden.
Beliau adalah rakan pengasas syarikat pelaburan dan penasihat Rosemont Seneca Partners. Biden berkhidmat di lembaga Burisma Holdings, salah satu pengeluar gas asli swasta terbesar di Ukraine pada 2014 dan berkhidmat sehingga tempoh jawatannya berakhir pada April 2019.
Sejak awal bulan 2019, Hunter Biden dan ayahnya menjadi subjek teori konspirasi yang sudah dirungkai. Teori ini dipelopor oleh presiden AS Donald Trump dan sekutunya mengenai urusan perniagaan Hunter Biden dan usaha anti-rasuah Joe Biden di Ukraine bagi pihak Amerika Syarikat ketika beliau masih Naib Presiden.[1]
Remove ads
Kehidupan awal
Biden dilahirkan pada 4 Februari 1970[2] di Wilmington, Delaware. Beliau adalah anak kedua Neilia Biden (sebelum kahwinn: Hunter). seorang cikgu, dan Joe Biden, yang berkhidmat di Senat Amerika Syarikat dari tahun 1973 hingga 2009 dan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga 2017.[3] Ibu dan adik perempuan Hunter Biden, Naomi terbunuh dalam suatu kemalangan kenderaan pada 18 Disember 1972.[4][5] Biden dan abangnya Beau juga cedera parah.[3] Hunter dan Beau kemudian mendorong ayah mereka untuk berkahwin lagi[6] dan Jill Jacobs menjadi ibu tiri mereka pada 1977.[3] Kakak tiri Biden, Ashley dilahirkan pada tahun 1981.[7]
Seperti ayah dan abangnya, Biden belajar di Archmere Academy, sebuah sekolah menengah Katolik di Claymont, Delaware.[3] Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Sejarah dari Universiti Georgetown pada 1992.[3] Selama setahun setelah beliau menamatkan kuliah, Biden bertugas sebagai sukarelawan Jesuit di sebuah gereja di Portland, Oregon dan bertemu dengan Kathleen Buhle di mana mereka berdua berkahwin pada 1993.[3] Setelah menamatkan pelajaran di Pusat Undang-undang Universiti Georgetown selama satu tahun, beliau berpindah ke Sekolah Undang-undang Yale dan lulus pada 1996.[3]
Remove ads
Kerjaya awal
Selepas tamat belajar di sekolah undang-undang, Biden menerima jawatan di syarikat pegangan bank MBNA America dan menjadi penyumbang utama kempen politik ayahnya.[3] Menjelang tahun 1998, Biden telah dinaikan pangkat ke kedudukan sebagai naib presiden eksekutif[3][8] dan kemudian meninggalkan syarikat itu untuk berkhidmat di Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat hingga tahun 2001, dengan fokus pada dasar e-dagang.[9] Biden menjadi seorang pelobi pada 2001, mengasaskan syarikat Oldaker, Biden & Belair.[10] Menurut Adam Entous dari The New Yorker, Biden dan ayahnya menjalin hubungan di mana "Joe tidak akan bertanya kepada Hunter mengenai kliennya yang melobi, dan Hunter tidak akan memberitahu ayahnya tentang mereka."[3] Pada 2006, Biden dan pakciknya James Biden cuba membeli Paradigm, sebuah kumpulan dana terhad, tetapi perjanjian itu tidak pernah berlaku.[3] Pada tahun yang sama, Hunter Biden dilantik untuk penggal lima tahun di lembaga pengarah Amtrak oleh Presiden George W. Bush.[11] Biden adalah naib ketua dewan dari Julai 2006 hingga 2009; beliau mengundurkan diri pada Februari 2009,[12][13] meninggalkan kedua-dua peranan itu sejurus selepas ayahnya menjadi naib presiden. Biden mengatakan semasa kempen naib presiden bapanya bahawa sudah tiba masanya aktiviti lobi beliau berakhir.[3]
Remove ads
Pelabur dan pelobi
Biden adalah seorang profesional dalam pelaburan modal dengan minat untuk membiayai syarikat teknologi peringkat awal. Pada September 2008, Biden melancarkan syarikat perundingan bernama Seneca Global Advisors yang menawarkan untuk membantu syarikat berkembang ke pasaran asing.[14] Biden, Devon Archer, dan Christopher Heinz mengasaskan firma pelaburan dan penasihat Rosemont Seneca Partners pada 2009.[10] Beliau juga mengasaskan syarikat modal teroka Eudora Global.[7] Dia memegang jawatan sebagai penasihat di firma guaman Boies Schiller Flexner LLP pada tahun 2014.[3] Biden adalah dewan pengarah World Food Program USA, sebuah badan amal 501(c)(3) yang berpusat di Washington, D.C. yang menyokong kerja Program Makanan Sedunia PBB dari tahun 2011 hingga 2017; beliau berkhidmat sebagai ketua lembaga dari tahun 2011 hingga 2015.[15]
Kerjaya tentera laut
Permohonan Biden untuk jawatan di Tentera Laut A.S. diluluskan pada Mei 2013.[16] Pada usia 43 tahun, Biden diterima sebagai sebahagian daripada program yang membolehkan sebilangan pemohon dengan kemahiran yang diinginkan dapat menerima komisen dan berkhidmat di jawatan kakitangan.[17] Biden menerima pengabaian berkaitan dengan umur dan pengabaian kerana kejadian yang berkaitan dengan ubat-ubatan masa lalu; beliau dilantik sebagai pegawai komisen langsung.[16] Joe Biden menjalankan sumpah pentauliahannya dalam upacara Rumah Putih.[3]
Pada bulan berikutnya, Biden didapati positif kokain semasa ujian urinalisis dan kemudian diberhentikan secara pentadbiran.[18][19]
Remove ads
Kehidupan peribadi

Biden mengahwini Kathleen Buhle pada 1993[3] dan mereka mempunyai tiga orang anak Naomi, Finnegan, dan Maisy.[7] Pasangan ini berpisah pada 2015 dan bercerai pada 2017.[20]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads