Hydrangea
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hydrangea ialah genus tumbuhan berbunga terdiri daripada lebih 75 spesies yang tumbuh asli di Asia dan benua-benua Amerika. Kepelbagaian spesies paling besar ditemukan di Asia Timur terutamanya China, Korea dan Jepun.
Remove ads
Taksonomi
Nama genus Hydrangea dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani Purba ὕδωρ húdōr "air" dan ἄγγος ángos atau αγγεῖον angeîon "bekas",[2][3][4] kerana kapsul bijinya menyerupai bekas air.[5]
Botani
Pokok spesies dalam genus ini jenis renek yang tumbuh setinggi 1-3 meter, tetapi ada beberapa spesies yang tumbuh menjadi pokok atau liana yang mencapai ketinggian 30 m dengan memanjat pokok-pokok lain. Daun-daun pokoknya boleh meluruh atau malar hijau, semua spesies yang banyak ditanam di kawasan beriklim sederhana meluruhkan daun.[6]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads