Hyōka

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hyōka
Remove ads

Hyōka (氷菓, "ais krim", juga dirumikan sebagai Hyouka) ialah novel misteri Jepun oleh Honobu Yonezawa. Ia ialah jilid pertama siri Kelab Sastera Klasik (古典 部, Koten-bu). Empat jilid tambahan telah diterbitkan pada 2002 dan 2010. Satu adaptasi manga yang disediakan oleh Pasukan Ohna mula disirikan dalam isu bulan Mac 2012 Shōnen Ace daripada Kadokawa Shoten. Siri anime 22 episod yang dihasilkan oleh Kyoto Animation dan diarahkan oleh Yasuhiro Takemote disiarkan dari 22 April hingga 16 September 2012.

Fakta Segera 氷菓 (), Genre ...
Remove ads

Jalan cerita

Atas permintaan kakaknya, Hōtarō Oreki menyertai Kelab Sastera Klasik Sekolah Tinggi Kamiyama untuk menghentikannya daripada dibubarkan, disertai oleh rakan-rakannya iaitu Eru Chitanda, Satoshi Fukube dan Mayaka Ibara.

Kisah ini didasarkan daripada pengalaman sebenar di Sekolah Tinggi Hida, Prefektur Gifu.

Watak utama

Hōtarō Oreki (折木 奉太郎, Oreki Hōtarō)
Pengisi suara: Yūichi Nakamura
Protagonis utama Hyōka, dia ialah seorang budak yang rasional yang hidup dengan moto "Jika saya tidak perlu melakukan sesuatu, saya tidak akan lakukannya, tetapi jika saya perlu, saya akan melakukannya dengan cepat." Dia hanya menyertai Kelab Sastera Klasik atas permintaan kakaknya, Tomoe Oreki, untuk menghalangnya daripada dibubarkan. Dia mengatakan bahawa dia tidak suka membuang tenaga, tetapi jika diberi satu misteri untuk disiasat, dia akan menyiasat sehingga ia diselesaikan dengan logiknya. Atas desakan kakaknya, dia mendapati dirinya lebih terbabit dengan kehidupan sekolah tinggi.
Eru Chitanda (千反田 える, Chitanda Eru)
Pengisi suara: Satomi Satō
Salah satu pelajar yang menyertai Kelab Sastera Klasik. Kata-kata yang sering diungkapkannya ialah "Saya ingin tahu!" Walaupun dia mendapat gred tertinggi dalam akademik, dia sering bergantung kepada kebolehan Oreki. Dia seorang gadis bertenaga yang mahir dalam tradisi dan etika pekan tersebut lantaran berketurunan petani kaya. Setiap kali suatu misteri mencuri perhatiannya, dia tidak akan dapat berhenti berfikir tentangnya sehinggalah misteri itu diselesaikan. Dia kagum akan Oreki dan sering memujinya atas bakat dan kebolehannya dalam menyelesaikan kebanyakan permasalahan. Dia juga cuba menyorokkan perasaannya terhadap Oreki.

Satoshi Fukube (福部 里志, Fukube Satoshi)

Pengisi suara: Daisuke Sakaguchi
Merupakan rakan sekelas Hotaro yang turut menyertai Kebal Sastera Klasik bersamanya. Dia berbanggan dengan daya ingatannya yang kuat, merujuk dirinya sebagai seorang "pangkalan data" manusia. Walaupun dia sentiasa mendesak Oreki untuk mengambil bahagian lebih aktif dalam kehidupannya, dia secara diam-diam cemburu terhadap Oreki kerana kebolehan penaakulan kritisnya. Dia mempersendakan Oreki setiap kali dia melakukan tugas yang memakan tenaga kerana ia bertentangan dengan moto hidup Oreki. Dia memanggil Mayaka Ibara dengan nama pertamanya, yang menunjukkan kedua-duanya rapat. Kemudian, perasaan Satoshi terhadap Mayaka mengembang, tetapi dia tidak mahu menjadi "taksub" dengannya. Dia mula berkenalan dengan Mayaka pada musim bunga tingkatan dua mereka.
Remove ads

Media

Novel

Hyouka adalah novel pertama dari siri Kelab Sastera Lama (古典部, Koten-bu) karya Honobu Yonezawa dan diterbitkan oleh Kadokawa Shoten pada 31 Oktober 2001. Siri ini menampilkan enam novel selewat 30 November 2016.

Maklumat lanjut No., Tajuk ...
Versi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris - diterbitkan di Malaysia oleh Kadokawa Gempak Starz
  1. Misteri 33 Tahun[7]
  2. Dalang Di Sebalik Tirai Kedua[8]
  3. Urutan Kudryavka[9]
  4. Patung Hina Hidup?[10]
  5. Anggaran Jarak Kita[11]
  6. Walaupun Aku Ada Sayap...[12]

Manga

Sebuah adaptasi manga dengan judul Hyōka dan diilustrasikan oleh Taskohna, mula disirikan di edisi Januari 2012 majalah Shōnen Ace. Jilid tankōbon pertama diterbitkan pada 24 April 2012.[13]

Maklumat lanjut No., Tarikh keluaran bahasa Jepun ...

Anime

Sebuah anime yang mengadaptasi empat novel pertama arahan Yasuhiro Takemoto dihasilkan Kyoto Animation; ia tayang di Jepun dari 22 April hingga 16 September 2012.[26][27] Sebuah episod OVA disiarkan secara dalam talian pada 8 Julai 2012 dan kemudian terit dalam bentuk Blu-ray bersama jilid ketiga manga pada 12 Januari 2013.[28][29]

Episod pertama tayang perdana pada 14 April dalam sebuah acara khusus di Kadowaka Cinema, Shinjuku. Serial ini memiliki empat lagu tema: dua lagu tema pembuka dan dua lagu tema penutup. Lagu tema pembuka pertama untuk 11 episod pertama, "Yasashisa no Riyū" disumbangkan oleh ChouCho dan lagu tema pembuka kedua selepas episod 12 adalah "Mikansei Stride" oleh Saori Kodama; lagu tema penutup pertama untuk 11 episod pertama adalah "Madoromi no Yakusoku", dan lagu tema penutup kedua selepas episod 12 adalah "Kimi ni Matsuwaru Mystery"; kedua-dua lagu tema penutup tersebut dinyanyikan oleh Satomi Sato dan Ai Kayano.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads