Hyperloop

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hyperloop
Remove ads

Hyperloop ialah konsep sistem pengangkutan berkelajuan tinggi diajukan oleh usahawan Elon Musk melalui pasukan kerjasama Tesla dan SpaceX.[1][2] Sistem ini terdiri daripada suatu rangkaian gelungan tiub yang direndahkan tekanan udara secara ketara membolehkan kapsul bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi tanpa sebarang daya geseran.[3][4]

Thumb
Rancangan konsep Hyperloop.

Garis besar konsep hyperloop diumumkan pada Ogos 2013, yang mencakupi cadangan laluan dari Los Angeles ke San Francisco. Analisis awal menunjukkan bahawa laluan tersebut dapat ditempuh dalam tempoh 35 mniit, yang menunjukkan bahawa penumpang dapat menempuh jarak 350-batu (560 km) dengan rata-rata kepentasan 600 mph (970 km/j), dengan kepantasan penuh 760 mph (1.200 km/h). Anggaran pembiayaan awal untuk laluan ini dianggarkan sebanyak AS$7.5 bilion[2]—walaupun analisis pengangkutan meragukan bahawa sistem ini dapat dibangunkan dengan dana tersebut.[5][6][7]

Teknologi Hyperloop telah dibuat sumber terbuka oleh Musk dan SpaceX,[2] dan masyarakat dipelawa untuk mengambil gagasan tersebut dan mengembangkannya lebih lanjut. Untuk itu, beberapa syarikat telah dibentuk, dan paling tidak sepuluh pasukan mahasiswa antaradisiplin mencuba mewujudkan gagasan ini. Rancangan jalur dan kapsul ujian percubaan kini dikembangkan dengan pembangunan prototaip jalur sepanjang 5-batu (8 km) dimulakan pada tahun 2016.[8] Syarikat Virgin Hyperloop di bawah Virgin Group melakukan pemanduan ujian pertamanya yang memuatkan penumpang manusia pada November 2020 di Las Vegas.[9][10]

Remove ads

Prinsip teknologi

Thumb
Lakaran 3 dimensi laluan Hyperloop infrastructure. The steel tubes are rendered transparent in this image.

Konsep awal dikembangkan Musk terdiri daripada laluan berisi hampagas separa di mana suatu lapisan antara 0.5 hingga 1.3 milimeter udara menjadi medium apungan.

Gambaran konsep peringkat alfa membutirkan kapsul penumpang dengan ukuran berdiameter 2.23 meter[2] serta dijangka mencapai kelajuan setinggi 1220 kilometer sejam agar dapat mengekalkan kecekapan aerodinamik.[2](Bahagian 4.4)

Infrastruktur

Pada September 2017, syarikat kendalian Hyperloop One telah memilih 10 daripada 35 laluan yang diusulkan iaitu TorontoMontreal, CheyenneDenverPueblo, MiamiOrlando, DallasLaredoHouston, ChicagoColumbusPittsburgh, Bandar Raya MexicoGuadalajara, EdinburghLondon, GlasgowLiverpool, BengaluruChennai, dan MumbaiChennai.[11][12]

Dalam tahun yang sama, pertubuhan penyelidikan mandiri Scandinavia SINTEF mengumumkan pihak mereka mempertimbangkan suatu makmal ujian teknologi ini di Norway.[13] Suatu perjanjian dimeterai pemerintah Korea Selatan dengan syarikat rintisan Hyperloop Transportation Technologies pada bulan Jun 2017 untuk membangunkan suatu laluan hyperloop antara Seoul dan Busan.[14][15]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads