ISO 15919

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

ISO 15919 (Alih huruf Dewanagari dan sistem tulisan Indik yang berkaitan ke dalam abjad Rumi) merupakan salah satu siri piawaian antarabangsa untuk proses perumian yang dibangunkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa. Ia diterbitkan pada tahun 2001 dan menggunakan diakritik untuk memetakan set konsonan dan vokal yang lebih besar dalam tulisan Brahmi dan Nastaliq kepada abjad Rumi.

Gambaran keseluruhan

Maklumat lanjut Dewanagari, Nastaliq ...
Remove ads

Kaitan dengan sistem lain

ISO 15919 ialah piawaian antarabangsa bagi perumian banyak tulisan Brahmi, dipersetujui pada tahun 2001 oleh serangkai institut pemiawaian kebangsaan di 157 negara.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, sistem transliterasi Hunter ialah "sistem perumian kebangsaan di India" dan kumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan berkenaan ISO 15919, bahawa "tiada bukti sistem itu digunakan biarpun di India atau dalam produk kartografi antarabangsa."[1][2][3]

Satu lagi piawaian, Sistem Perumian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Nama Geografi (UNRSGN), telah dibangunkan oleh Kumpulan Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Nama Geografi (UNGEGN)[4] dan merangkumi banyak tulisan Brahmi.

Perumian ALA-LC telah diluluskan oleh Perpustakaan Kongres dan Persatuan Perpustakaan Amerika dan merupakan piawaian AS. Abjad Antarabangsa Transliterasi Sanskrit (IAST) bukannya piawai (kerana tiada spesifikasi wujud untuknya) tetapi konvensyen yang dibangunkan di Eropah untuk transliterasi Sanskrit dan bukannya transkripsi tulisan Brahmi.

Sebagai perbandingan, kedua-dua piawaian antarabangsa ISO 15919 dan UNRSGN[5] mentransliterasi anusvara sebagai , manakala ALA-LC dan IAST menggunakan untuknya. Walau bagaimanapun, ISO 15919 menyediakan panduan untuk menyahkaburkan antara pelbagai situasi anusvara (seperti penyengauan bibir berbanding gigi), yang diterangkan dalam jadual di bawah.

Perbandingan dengan UNRSGN dan IAST

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara ISO 15919, UNRSGN[5] dan IAST untuk transliterasi Dewanagari.

Maklumat lanjut Dewanagari, UNRSGN ...
Remove ads

Sokongan pasuan

Hanya pasuan tertentu menyokong semua aksara Unicode Latin untuk transliterasi tulisan Indik mengikut piawaian ini. Contohnya, Tahoma menyokong hampir semua aksara yang diperlukan. Pakej pasuan Arial dan Times New Roman yang disertakan dengan Microsoft Office 2007 dan kemudiannya turut menyokong kebanyakan aksara Latin Tambahan Diperlanjut seperti ḑ, ḥ, ḷ, ḻ, ṁ, ṅ, ṇ, ṛ, ṣ dan ṭ.

Tiada susun atur papan kekunci yang standard untuk input ISO 15919 tetapi banyak sistem menyediakan cara untuk memilih aksara Unicode secara visual. ISO/IEC 14755 memanggil ini kaedah kemasukan pilihan skrin.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads