ITV
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
ITV ialah sebuah rangkaian penyiaran televisyen berkhidmat awam di United Kingdom yang didirikan oleh Independent Television Authority (ITA) untuk menyediakan saingan kepada BBC. ITV ialah rangkaian televisyen swasta tertua di UK yang bermula siaran pada tahun 1955. Semenjak Akta Penyiaran 1990 berkuatkuasa, nama sahnya ialah Channel 3, yang mana nombor 3 tiada erti selain membezakannya daripada BBC One, BBC Two dan Channel 4; sebelum ini, rangkaian ini langsung tiada nama sah. Ramai penonton menetapkan penerimaan stesen ITV setempat mereka kepada butang 3, manakala stesen-stesen lain ditetapkan mengikut nombor yang tertera dalam nama masing-masing.
ITV harus dibezakan dengan ITV plc, iaitu syarikat yang terhasil daripada penggabungan Granada plc dan Carlton Communications pada tahun 2004, dan juga syarikat induk ITV Broadcasting Limited yang menerima pemindahan lesen penyiaran Channel 3 di England, Wales, Sempadan Scotland/England dan Isle of Man pada November 2008. Begitu juga, ITV1 ialah jenama gunaan ITV plc untuk penyiaran Channel 3 di kawasan-kawasan tersebut, sementara STV dan UTV menggunakan jenama masing-masing di kawasan siaran masing-masing (Scotland Utara dan Tengah, dan Ireland Utara).
Remove ads
Pertubuhan

Berbeza dengan saluran-saluran TV lain di United Kingdom, ITV tidak dimiliki oleh sebuah syarikat tunggal. Ofcom telah mengeluarkan lesen kepada empat syarikat untuk menyediakan khidmat Channel 3 setempat. ITV Broadcasting Limited berkhidmat di 10 kawasan di England dan Wales di samping kawasan sempadan Scotland dan Isle of Man, dengan lesen hari bekerja dan lesen hujung minggu berasingan untuk kawasan London. Di Scotland, STV Central Limited memegang lesen untuk Scotland Tengah, manakala STV North Limited memegang lesen untuk Scotland Utara, termasuk kepulauan-kepulauan Hebrides, Orkney, dan Shetland; kedua-dua perkhidmatan bersiaran dengan jenama stv. Ulster Television Limited diberi lesen untuk Northern Ireland dan berjenama utv. Di Kepulauan Channel, pemegang lesennya ialah Channel Television Limited yang berjenama ITV1.
Remove ads
Butiran pelesenan
Jadual berikut menyenaraikan lesen Channel 3 setempat dan seluruh negara semasa dan pemegang lesen masing-masing.
Lesen-lesen di England dan Wales dipegang oleh syarikat-syarikat setempat milikan ITV plc sebelum November 2008.[1]
- Jenama ITV1 disiarkan semalaman
- Biasanya sekadar ITV1.
- Sehingga tahun 1968, perkhidmatan tunggal untuk kawasan Utara yang terdiri daripada kawasan Barat Laut dan kebanyakan kawasan Yorkshire masa kini, disediakan oleh Granada Television pada Isnin hingga Jumaat, dan ABC Television pada hujung minggu.
- Liputan diserahkan oleh ITV1 Border and Tyne Tees kepada ITV1 Granada berikutan peralihan digital di Isle of Man pada Julai 2009.
- Sehingga tahun 1968, perkhidmatan untuk kawasan Midlands disediakan oleh Associated Television pada Isnin hingga Jumaat, dan ABC Television pada hujung minggu.
- "Anglia Television Limited", yang menyediakan perkhidmatan sejak tahun 1959, ditukarkan namanya kepada "ITV Broadcasting Limited" pada 29 Disember 2006.
- ITV plc membeli baki pegangan saham GMTV (kini ITV Breakfast) dari Walt Disney pada November 2009.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads