Ikaros

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ikaros
Remove ads

Ikaros (Bahasa Yunani Kuno: Ἴκαρος Íkaros, bahasa Latin dan bahasa Inggeris: Icarus) ialah seorang tokoh dalam mitologi Yunani yang merupakan anak kepada Daedalus, seorang pakar tukang.

Thumb
The Flight of Icarus (1635–1637) karya Jacob Peter Gowy

Kedua anak-beranak ini melarikan diri daripada penahanan Theseus di pulau Kriti dengan menerbang bersayap bulu. Daedalus menasihati anaknya tidak terbang terlalu tinggi atau terlalu rendah kerana haba dari matahari mahupun laut akan mencairkan lilin yang melekatkan bulu-bulu pelepah sayap mereka. Namun, Ikaros berdegil lalu berani mengepak sayapnya meninggi. Lilin yang melekatkan semua bulu-bulunya cair lalu Ikaros jatuh lemas ke dalam laut.

Para penulis sezaman kuno melihat penceritaan ini sebagai kiasan di mana anak-beranak tersebut sebenarnya menaiki kapal pemberian Pasiphaë manakala Daedalus membina layar untuk kapal-kapal ini; Ikaros dalam catatan ini pula dikatakan dihumbang ke laut dalam perjalanan ke Sicilia dan lemas di sana. Herakles dikatakan telah membina sebuah makam memperingatinya.[1][2]

Sebuah pulau berdekatan Asia Kecil di pinggir barat daya Turki di sebelah barat daya pulau Samos diberi nama Ikaria memperingati tempat di mana kemalangan tersebut kononnya berlaku.[3][4][5]

Remove ads

Lihat juga

  • Sampati

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads