Idola Jepun

penghibur yang berkongsikan perkembangannya bersama peminat dan bergiat dengan ketertarikannya sendiri From Wikipedia, the free encyclopedia

Idola Jepun
Remove ads

Idola (bahasa Jepun: アイドル aidoru) di Jepun ialah artis muda serta comel yang dapat bergiat dalam pelbagai bidang yang antara lainnya sebagai penyanyi, pelakon atau model.[1][2][3][4][5][6][7]

Thumb
Momoiro Clover Z (kumpulan idola gadis)
Thumb
AKB48 (kumpulan idola gadis)
Logo kumpulan °C-ute.
Thumb
Sayumi Michishige (ketua kumpulan Morning Musume)

Sejarah

Fenomena ini muncul dalam tahun awal 1960-an hasil penayangan filem Perancis Cherchez l'idole di Jepun pada tahun 1964, di mana para penonton begitu tertarik dengan penampilan muda comel Sylvie Vartan dan Mylène Demongeot, Kemasyhuran filem ini turut menggalakkan penggunaan meluas istilah aidoru untuk pelakon filem dan artis yang dibezakan daripada orang biasa melalui mej idola berdasarkan rasa keindahan khas Jepun yang diungkapkan dalam penampilan keanak-anakan, kecomelan, perasaan keakraban, serta mudah dijumpai sehari-harian.[8][4][1][6][7][9]

Idola dekad 1990-an tidak lagi terbatas pada penyanyi, justeru meluas kepada idola iklan televisyen, idola model majalah, idola bikini, dan sebagainya.

Idola wanita tahun akhir 1990-an hingga 2010-an

Hello! Project yang dihasilkan oleh Tsunku telah melahirkan pelbagai macam unit dan penyanyi idola termasuk Morning Musume, Aya Matsuura, Berryz Kobo, Cute, S/mileage dan Juice=Juice.

Yasushi Akimoto telah menghasilkan beberapa kumpulan idola Jepun seperti AKB48 (yang bermain di panggung di Akihabara), SKE48 (Sunshine Sakae, Nagoya), NMB48 (Namba, Osaka), HKT48 (Hakata, Fukuoka) dan Nogizaka46.

Stardust Promotion membentuk Momoiro Clover Z, Shiritsu Ebisu Chugaku, dan lain-lain.

Kehidupan di sekolah dan aktiviti kokurikulum merupakan tema Sakura Gakuen. Anggotanya mengikuti aktiviti kokurikulum seperti unit baton twirling (Twinklestars) dan unit heavy metal (Babymetal).[10]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads