India Timur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
India Timur ialah kawasan India yang terdiri daripada negeri Bengal Barat, Bihar,[2][3], Jharkhand, dan Orissa. Orissa dan Bengal Barat berkongsi sesetengah ciri budaya dan bahasa dengan Bangladesh dan negeri Assam. Bersama-sama dengan Bangladesh, Bengal Barat membentuk kawasan etno-linguistik Bengal sebelum Pemecahan India pada 1947.
- Rencana ini merujuk kepada kawasan Subbenua India. Untuk subbenua India yang merangkumi Asia Tenggara, lihat Hindia.
- Untuk stesen sistem kereta api ringan, lihat stesen DRL India Timur.
Kebanyakan kawasan India Timur terletak di pantai timur India di sebelah Teluk Bengal dan di dataran Indo-Ganges. Jharkhand di dataran Chota Nagpur ialah negeri berbukit-bukit dan berhutan lebat yang kaya dengan mineral. Kawasan itu disempadani oleh:
- Himalaya Nepal dan Sikkim di utara;
- negeri Uttar Pradesh dan Chattisgarh di barat;
- negeri Andhra Pradesh di selatan; dan
- Teluk Bengal di timur.
Kawasan India Timur merupakan pusat sejarah empayar Maurya, Kalinga, Utkal, Gajapati, Sunga dan Pala yang memerintah kebanyakan subbenua India pada zaman kegemilangan mereka. Pada Zaman Pertengahan India, ia diserap ke dalam Empayar Mughal dan kemudiannya ke dalam empayar British. Selepas kemerdekaan pada 1947, negeri-negeri itu menyertai Kesatuan India dan mengambil bentuk terkini selepas States Reorganization Act (Akta Penyusunan Semula Negeri) 1956 diluluskan. Pada hari ini, negeri-negeri India Timur masih menghadapi masalah penduduk yang berlebihan, degradasi persekitaran dan rasuah yang menular, walaupun terdapat kemajuan ekonomi dan sosial yang bererti.
Remove ads
Rujukan dan nota kaki
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
