Indianapolis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Indianapolis /ˌɪndiəˈnæp[invalid input: 'o-']l[invalid input: 'ɨ']s/ (singkatan: Indy /ˈɪndi/) ialah ibu negeri Indiana di Amerika Syarikat. Menurut banci 2010, jumlah penduduk bandar ini adalah 829,718 orang.[2] Indianapolis merupakan bandaraya ke-12 terbesar di Amerika Syarikat, dan juga salah sebuah kawasan metropolitan yang paling pesat berkembang di negara tersebut.[3]
Dalam sejarah, Indianapolis berorientasikan pentadbiran dan industri, khususnya perkilangan. Pada puluhan tahun terakhir abad ke-20, dewan bandaraya Indianapolis melancarkan proses jangka lama untuk menghidupkan semula kawasan pusat bandar. Kini, Indianapolis memiliki ekonomi yang lebih berkepelbagaian, menyumbang kepada bidang-bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan kewangan. Pelancongan juga merupakan sebahagian penting ekonomi Indianapolis, apalagi bandaraya ini merupakan tuan rumah kepada berbilang acara persidangan dan sukan, terutama sekali acara lumba kereta tahunan Indianapolis 500.
Majalah Forbes dan Livability.com mencalonkan Indianapolis sebagai salah sebuah pusat bandar yang terbaik di Amerika Syarikat atas sebab bahasa "lebih daripada 200 buah kedai runcit, lebih daripada 35 buah hotel, hampir 300 buah kedai makan, panggung wayang, tempat bersukan, muzium, balai seni dan taman" sebagai tarikan.[4][5]
Remove ads
Rujukan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
