Ine Sinthya

Pelakon dan penyanyi wanita Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ine Sinthya Anggriana atau lebih dikenali sebagai Ine Sinthya (lahir di Cianjur, Jawa Barat, 15 Ogos 1971; umur 54 tahun) adalah seorang penyanyi dan pelakon Indonesia.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Ine Sinthya dikenali sebagai penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Lima Menit Lagi. Ine juga pernah menjadi juri pertunjukan bakat Kontes Dangdut di TPI (KDI).

Wanita kelahiran Cianjur ini merupakan bekas isteri kepada Andri Sayhrial Sambas dan telah dikurniakan dua orang anak iaitu Agi Syahrain dan Sherin Anasya Syaharani.

Perkahwinan Ine dan Andri sedang bermasalah dan sedang dalam proses perceraian di mahkamah agama di Cianjur. Ine memfailkan permohonan cerai daripada suaminya pada hari Selasa, 1 Mei 2007.

Perbicaraan pertama diadakan pada 5 Jun 2007, Ine akhirnya menarik balik saman penceraiannya. Biarpun sebelum ini dia nampak bertegas mahu bercerai, namun memandangkan keluarga terutama anak, pasangan itu memilih untuk berbaik semula.[1]

Namun, pada 2010, Ine dan Andri secara rasmi bercerai.

Remove ads

Diskografi

Album Trio

  • 1986: Angka Merah - Trio Campernik (Ine Sinthya, Tia Monika, Nia Kania)
  • 2010: Kau Tetap Kusayang - D'Mawar (Ine Sinthya, Evie Tamala, Iis Dahlia)

Album solo

  • 1988: Ada Udang Dibalik Batu
  • 1989: Bagimu Cukup Aku
  • 1991: Gairah Cinta
  • 1992: Cinta Bukan Sayur Asem
  • 1993: 5 Menit Lagi
  • 1994: Gaun Merah Jambu
  • 1995: Ach Yang Bener
  • 1996: Prasangka
  • 1997: Disimpang Jalan
  • 1998: The Best Disco Remix (Promo Song: Kacang Lupa Kulitnya)
  • 1999: Mimpi
  • 1999: Jangan Hanya Sandiwara
  • 2001: Nafas Cinta
  • 2002: Sesal (Best Cut: Jam 5)
  • 2004: Soundtrack Sinetron Cinta Bukan Sayur Asem (Single: Cinta Bukan Sayur Asem versi Disco Remix)
  • 2005: 10 Dangdut Karya Cipta Emas Herman Anggita (Single: Secangkir Kopi Beracun, Bayang Asmara)
  • 2005: Ikhlas
  • 2006: Siji Wae Loyo (Best Cut: Nelongsone Atiku)
  • 2007: 16 The Best & New Ine Sinthya (Single: Oh Anakku, Sengsara Hatiku)
  • 2009: Cinta Terindah (Best Cut: Biarkan Hati Terbagi Dua, Cinta Terindah)
  • 2010: 8 Duta Dangdut Indonesia (Single: Bila Kau Pacarku)
Remove ads

Drama lipur lara

  • 1997: Prasangka
  • 2003: Cinta Bukan Sayur Asem
  • 2006: Kampung Dangdut

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads