Internet Explorer 8

From Wikipedia, the free encyclopedia

Windows Internet Explorer 8 (IE8) merupakan pelayar web yang dibangunkan oleh Microsoft yang dilepaskan pada 19 Mac 2009. Pelayar ini merupakan pengganti kepada Internet Explorer 7 yang dilepaskan pada tahun 2006. Pelayar web IE8 juga merupakan pelayar web asas kepada sistem operasi Windows 7 dan Windows Server 2008 R2.[3] Setakat pada bulan September 2013, anggaran pasaran global IE8 di antara 6.93% hingga 8.73%.[4][5][6]

Fakta Segera Pembangun, Keluaran asal ...
Internet Explorer 8
Thumb
PembangunMicrosoft
Keluaran asal19 Mac 2009; 16 tahun yang lalu (2009-03-19)
Sistem pengendalian
Termasuk denganWindows 7 dan Windows Server 2008 R2[2]
EnjinTrident 4.0
PelantarLihat: sokongan platform
JenisPelayar web
Suapan berita
Klien FTP
LesenProprietari, memerlukan lesen Windows
Versi Internet Explorer:
1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 · 9 · 10 · 11
Tutup

Internet Explorer 8 merupakan versi IE pertama yang melepasi ujian Acid2, walaupun hanya mendapat skor 20/100. Menurut Microsoft, keutamaan diberikan kepada tahap sekuriti, mesra pengguna, peningkatan kualiti dalam RSS, CSS dan sokongan pengaturcaraan Ajax dalam pembinaan IE8.

Internet Explorer 8 ialah pelayar web terakhir yang boleh disokong dalam sistem operasi Windows XP dan Windows Server 2003, manakala pelayar web Internet Explorer 9 yang merupakan pengganti kepada IE8 hanya boleh disokong dalam sistem operasi Windows Vista, Windows Server 2008 R2, dan Windows 7.[7][8] Sokongan terhadap Internet Explorer 8 ini bergantung sepenuhnya kepada kitaran sokongan sistem operasi Windows kerana ianya dipasang sebagai salah satu daripada komponen Windows, menjadikan ianya tidak disokong pada Windows XP kerana tempoh sokongan yang telah berakhir untuk sistem operasi ini. Berkuatkuasa pada 12 Januari 2016, Internet Explorer 8 tidak lagi disokong pada mana-mana sistem operasi Windows versi pengguna atau pelayan, kerana polisi baru yang telah ditetapkan yang menyebut hanya versi terbaru Internet Explorer sahaja yang disokong Windows akan disokong[9][10]. Namun begitu, beberapa versi untuk sistem operasi Windows Embedded masih lagi menyokong penggunaan versi Internet Explorer yang lama sehingga berakhirnya tempoh sokongan sistem operasi itu sendiri[11].

Sejarah

Thumb
Tanda tulisan pelayar IE8

Pembangunan IE8 bermula sekitar Mac 2006 dan pada 5 Mac 2008.[12] Pada bulan Februari 2008, Microsoft menghantar jemputan peribadi untuk mencuba IE8 versi Beta 1[13] dan pada 5 Mac 2008, Microsoft melepaskan versi Beta 1 kepada umum[14], walaupun versi itu memfokuskan kepada pembangun sesawang[15].

Pada 27 Ogos 2008, Microsoft melepaskan IE8 versi Beta 2 kepada umum[16]. Pengkritik IT PC World berkata pelbagai ciri-ciri didedahkan pada versi Beta 2 seperti mod InPrivate, pengasingan tab dan pengumpulan mengikut warna serta menambahbaik fungsi keserasian berbanding dengan Internet Explorer 7[17]. Dua fungsi bertukar nama antaranya Activities ke Accelerators dan Phising filter kepada Safety filter. Pada bulan Ogos 2008, fungsi baru yang diberi nama InPrivate menjadi perhatian[17].

Versi pertama bukan Beta telah dilepaskan pada 19 Mac 2009.

Pada 5 Januari 2009, Microsoft telah menyediakan perisian yang menyekat muat turun Internet Explorer 8 secara automatik menerusi Windows Update.

Pada 27 Mei 2010, Microsoft telah melepaskan Internet Explorer 8 yang dioptimumkan untuk Bing dan MSN.

Pada 22 Januari 2017, Internet Explorer 8 tidak lagi disokong pada mana-mana sistem operasi Windows versi pengguna atau pelayan, kerana polisi baru yang telah ditetapkan yang menyebut hanya versi terbaru Internet Explorer sahaja yang disokong Windows akan disokong[9].


Sejarah versi

Maklumat lanjut Versi, Tarikh dilepaskan ...
Sejarah versi Internet Explorer 8
Versi Tarikh dilepaskan Windows XP SP2 /
Windows Server 2003 SP1
Windows Vista /
Windows Server 2008
Windows 7 Bahasa
Nama Nombor versi
Beta 1[14] 8.0.6001.17184 5 Mac 2008 Ya Ya Tidak 3[18]
Beta 2[16] 8.0.6001.18241 27 Ogos 2008 Ya Ya Ya 25[19]
Partner Build (Pre RC)[20] 8.0.6001.18343 10 Disember 2008 Ya Ya Ya 1
Release Candidate[21] 8.0.6001.18372 26 Januari 2009 Ya Ya Ya 25[21]
Release to Manufacturing[22] 8.0.6001.18702 19 Mac 2009 Ya Ya Termasuk 25–63*
Tutup
*  Pada mulanya, Internet Explorer menyokong 25 jenis bahasa;[22] tambahan, sebanyak 63 jenis bahasa telah dilepaskan setakat Jun 2009 tetapi tidak semua bahasa boleh didapati dalam kesemua versi Windows[23]

Sokongan sistem operasi

Senarai sistem operasi dan teras binaan CPU yang menyokong pelayar web Internet Explorer 8[24][25].

Maklumat lanjut Sistem operasi, Tahap service pack ...
Sistem operasiTahap service packTeras binaan CPU
Windows XPSP2 atau kemudiannyaIA-32[26] dan x64[27]
Windows Server 2003SP2 atau kemudiannyaIA-32[28] dan x64[27]
Windows VistaRTM atau kemudiannyaIA-32[29] dan x64[30]
Windows Server 2008RTM atau kemudiannyaIA-32[29] dan x64[30]
Windows 7RTM atau kemudiannyaIA-32[31] dan x64[31]
Windows Server 2008 R2RTM atau kemudiannyax64[31] dan Itanium[31]
Tutup

Keperluan sistem

IE8 memerlukan sekurang-kurangnya:[32]

  • Sistem operasi:
  • Kelajuan pemproses: 233 MHz
  • Memori:
    • 64 MB dalam versi 32-bit Windows XP atau Windows Server 2003
    • 128 MB dalam versi 64-bit Windows XP atau Windows Server 2003
    • 512 MB dalam versi Windows Vista atau Windows Server 2008
  • Paparan: Super VGA (800×600) paparan dengan 256 colors
  • Perkakas lain: Modem atau sambungan Internet; tetikus atau apa-apa perkakasan yang berkaitan dengan petunjuk.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.