Iroh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Iroh
Remove ads

Iroh merupakan seorang watak animasi dalam Avatar: The Last Airbender. Jurualih suara Iroh dikemudikan oleh Mako untuk musim pertama dan kedua. Dia kemudian diganti oleh Greg Baldwin untuk musim ketiga. Pada bulan Julai 2006, Mako meninggal dunia kerana diserang barah.

Thumb
Jeneral Iroh

Watak

Dalam cerita ini, Iroh merupakan seorang firebending master dan seorang putera dari Fire Nation. Iroh menemani anak saudaranya, Zuko yang telah dibuang negara dan dipaksa mencari Avatar untuk mengembalikan maruahnya.

Dalam siri Avatar musim kedua, dinyatakan bahawa Iroh merupakan putera sulung kepada pasangan Raja Api Azulon dan Puteri Ilah. Iroh adalah putera mahkota yang dicalonkan untuk menggantikan Azulon sebagai Raja Api bagi Negara Api. Iroh memiliki seorang putera yang bernama Lu Ten. Putera ini amat berharga dan amat disayanginya, sehingga pada masa puteranya tersebut gugur di garis depan semasa pertempuran di Ba Sing Se, Iroh memutuskan untuk berundur kerana mengalami rasa duka yang dalam. Seiring dengan patahnya semangat Iroh karena Lu Ten gugur di Ba Sing Se, Ozai mengambil kesempatan tersebut untuk meyakinkan Azulon bahawa ia mampu mewarisi takhta. Permintaan Ozai tidak langsung dipenuhi oleh Azulon, dan sebagai gantinya, ia diberikan syarat yang sangat sulit, iaitu membunuh Zuko. Oleh sebab campur tangan yang dilakukan oleh Ursa (isteri Putera Ozai), Ursa dibuang negeri, Azulon menemui ajal secara misteri, dan upacara penaikkan takhta raja diselenggarakan secepatnya. Oleh sebab Iroh sedang berada di Kerajaan Bumi, Ozai dilantik menjadi raja.

Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Maklumat lanjut Avatar: The Last Airbender ...

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads