Issam El-Bashir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Syeikh Dr. Issam El-Bashir (Arab: عصام البشير, 1956 di Tindelti, Sudan)[1] ialah seorang agamawan Islam dan ahli politik dari Ikhwan Muslimin. Beliau merupakan bekas Setiausaha Agung Pusat Kesederhanaan Antarabangsa yang berpusat di Kuwait dan bekas Menteri Hal Ehwal Agama di Sudan. Beliau juga seorang ahli akademik yang mengajar di pelbagai universiti. Beliau pernah diiktiraf sebagai seorang daripada 500 Muslim berpengaruh di dunia pada 2009 hingga 2016.
Remove ads
Penglibatan dalam pertubuhan
Issam ialah salah seorang ahli lembaga pemegang amanah Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa[2] dan banyak badan dan institusi lain, termasuklah Institut Européen des Sciences Humaines (IESH) dan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR).
Beliau dilantik sebagai Presiden Akademi Fiqh Islam Republik Sudan pada 2012 hingga 2021[2].
Pendidikan
Issam memegang ijazah sarjana muda Usuluddin dan sarjana Usuluddin pengkhususan Hadis dan Sunnah dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh. Beliau menerima ijazah Ph.D dalam Usuluddin dari Universiti Islam Omdurman di Sudan[2].
Mesej keamanan
Issam ialah salah seorang penandatangan Risalah Amman dan salah seorang daripada 138 penandatangan surat 'Perkataan Biasa Antara Kami & Anda' (A Common Word Between Us & You), surat terbuka tokoh Islam kepada pemimpin gereja Kristian setiap tempat. (13 Oktober 2007)[3].
Anugerah dan pengiktirafan
Issam El-Bashir sebagai subjek utama
Bahagian dalam buku
- Abdallah Schleifer (2015). The World's 500 Most Influential Muslims 2016 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 131.
- Abdallah Schleifer (2014). The World's 500 Most Influential Muslims 2014/15 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 124.
- Abdallah Schleifer (2013). The World's 500 Most Influential Muslims 2013/14 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 124.
- Abdallah Schleifer (2011). The World's 500 Most Influential Muslims 2012 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 125–126.
- Abdallah Schleifer (2011). The World's 500 Most Influential Muslims 2011 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 109–110.
- Abdallah Schleifer (2010). The World's 500 Most Influential Muslims 2010 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 129.
- Abdallah Schleifer (2009). The World's 500 Most Influential Muslims 2009 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 124.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads