JPEG

From Wikipedia, the free encyclopedia

JPEG
Remove ads

JPEG (/ˈpɛɡ/ JAY-peg)[1] ialah satu kaedah pemampatan hilang yang biasa digunakan untuk imej digital, terutamanya bagi imej yang dihasilkan oleh fotografi digital. Darjah pemampatan boleh dilaraskan, membenarkan keseimbangan boleh pilih antara saiz storan dengan kualiti imej. JPEG biasanya mencapai 10:1 mampatan dengan sedikit kehilangan dapat dilihat dalam kualiti imej.[2]

Fakta Segera Kumpulan Pakar Fotografi Bersama, Sambungan fail: ...
Pemampatan JPEG menerus berbagai-bagai (antara Q=100 dan Q=1) untuk imbasan tomografi berkomputer abdomen

Pemampatan JPEG digunakan dalam beberapa format fail imej. JPEG/Exif ialah format imej yang paling biasa digunakan oleh kamera digital dan peranti tangkapan imej fotografi yang lain; bersama dengan JPEG/JFIF, ia merupakan format yang paling biasa untuk menyimpan dan menyiarkan gambar foto di Jaringan Sejagat.[3] Kepelbagaian format ini selalunya tidak dibezakan, dan biasanya dipanggil JPEG.

Istilah "JPEG" ialah singkatan bagi Joint Photography Expert Graphics (bahasa Melayu: Kumpulan Pakar Fotografi Bersama), yang telah mencipta piawai ini. Jenis media MIME untuk JPEG ialah image/jpeg, kecualia dalam versi-versi lama Internet Explorer, yang membekalkan jenis MIME image/pjpeg apabila memuat naik imej JPEG.[4] Fail-fail JPEG biasanya ada sambungan nama fail .jpg atau .jpeg.

JPEG/JFIF menyokong saiz imej maksimum 65,535×65,535 piksel,[5] oleh itu sehingga 4 gigapiksel untuk nisbah bidang 1:1.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads