Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of Justice ; singkatan : DOJ ) ataupun Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ialah jabatan eksekutif pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan pentadbiran keadilan di negar tersebut seumpama kementerian-kementerian keadilan atau dalam negeri yang wujud di negara-negara lain. Jabatan ini dibentuk pada tahun 1870 semasa pentadbiran Ulysses S. Grant.
Motto untuk Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ini dalam Bahasa Latin ialah "Qui Pro Domina Justitia Sequitur" ; dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud "Sesiapa yang mendakwa bagi pihak keadilan".[1] [2]
Jabatan Kehakiman mengurus beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA). Jabatan ini bertanggungjawab untuk menyiasat kejadian penipuan kewangan, yang mewakili kerajaan Amerika Syarikat dalam hal-hal perundangan (seperti dalam kes-kes sebelum Mahkamah Agung), dan menjalankan sistem penjara persekutuan.[3][4] TJabatan ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji semula perlakuan penguatkuasaan undang-undang tempatan seperti yang diarahkan oleh Akta Kawalan Jenayah dan Penguatkuasaan Undang-Undang 1994.[5]
Jabatan ini diketuai oleh Peguam Negara Amerika Syarikat yang dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Senat dan merupakan anggota Kabinet. Peguam Negara semasa ialah Matthew Whitaker (Pemangku).
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads