Jadam

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Jadam (juga disebut sebagai Jadam Arab) adalah sejenis ubat tradisional yang berbentuk pepejal hitam atau getah keras. Ia secara tradisional dipercayai mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, namun istilah "jadam" juga digunakan dalam bidang pertanian moden.[1][2]

Sebagai Ubat Tradisional

Ubat ini biasanya diperbuat daripada campuran getah kayu (seperti kayu zabir), atau kayu gaharu atau pati daun lidah buaya yang dikeringkan sehingga menjadi keras dan berwarna hitam pekat.[1]

Ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit terutamanya dalam perubatan tradisional Melayu seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, strok, serta masalah kulit. Ia bersifat mempunyai rasa yang sangat pahit. Cara gunanya, dibancuh dengan air panas untuk diminum atau disapu pada bahagian badan yang bermasalah dan sakit.

Remove ads

Sebagai Peribahasa Melayu

Perkataan jadam juga digunakan sebagai peribahasa Melayu yang berbunyi, "Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat". Bermaksud, pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras dan pahit macam ubaat jadam, tetapi mempunyai nasihat dan pengajaran yang baik seperti ubat.[3]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads