Jalan Tuanku Abdul Halim
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jalan Tuanku Abdul Halim juga dikenali sebagai Jalan Duta adalah sebuah lebuh raya utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia menghubungkan Segambut sehingga persimpangan Parlimen di Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur. Ia dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong kelima dan ke-14, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (1970 - 1975 dan 2011 - 2016).
Remove ads
Sejarah
Dahulu dikenali sebagai Guilemard Road. Jalan ini telah dibina pada awal 1960-an.
Pada 26 November 2014, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menukar nama Jalan Duta kepada Jalan Tuanku Abdul Halim.
Perkembangan semasa
Persimpangan bulatan empat tingkat Segambut
Bulatan Segambut telah dinaik taraf kepada persimpangan empat tingkat. Ia telah dibina antara tahun 2004 dan 2006. Projek ini telah diketuai oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kontraktor utama Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Persimpangan empat tingkat ni dibuka kepada lalu lintas pada 26 Februari 2007.
Persimpangan ke Istana Negara baru
Sementara itu, persimpangan ke Istana Negara baru telah dibina pada 2007 dan siap pada 2011.
Remove ads
Senarai persimpangan
Remove ads
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads