James Milner
pemain bola sepak From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
James Philip Milner (lahir 4 Januari 1986) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove Albion. Beliau juga seorang pemain serba boleh yang telah digunakan dalam pelbagai posisi seperti pemain tengah, pemain sayap dan pemain bek sayap.
Bakat Milner dalam sukan bola sepak, kriket, dan lari jarak jauh diakui pada usia yang sangat muda. Beliau mewakili sekolahnya dalam sukan tersebut dan bermain bola sepak untuk pasukan amatur dari Rawdon dan Horsforth. Beliau seorang penyokong Leeds United sejak usia muda dan merupakan pemegang tiket musim di kelab. Pada tahun 1996, Milner menyertai kelab akademi belia Leeds United. Beliau membuat penampilan sulung untuk pasukan pertama pada tahun 2002 ketika berusia 16 tahun dan mendapat tempat sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol di Liga Perdana Inggeris.
Semasa berada di Leeds United, Milner menghabiskan masa secara pemain pinjaman di Swindon Town untuk mendapatkan pengalaman sebagai pemain pasukan pertama. Setelah berpindah ke Newcastle United, beliau dipinjamkan ke Aston Villa selama satu musim.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads