Jared Kushner

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jared Kushner
Remove ads

Jared Corey Kushner (lahir 10 Januari 1981) merupakan seorang pelabur, pemaju hartanah, dan penerbit surat khabar yang kini merupakan penasihat kanan kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump yang juga merupakan bapa mentua beliau.

Fakta Segera Penasihat Kanan Presiden Amerika Syarika, Presiden ...

Kushner merupakan anak sulung kepada pemaju hartanah Charles Kushner dan mengahwini anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump.

Beliau adalah ketua pegawai eksekutif syarikat pegangan dan pembangunan hartanan, Kushner Companies dan Observer Media penerbit kepada New York Observer.[1][2]

Semasa kempen presiden Trump 2016, Kushner telah membantu dan menjalankan strategi media digital Trump.

Pada 09 Januari 2017, Kushner telah dinamakan sebagai penasihat kanan Rumah Putih. Beliau kemudiannya melepaskan jawatannya sebagai CEO Kushner Companies dan penerbit Observer.[3]

Pada 24 Ogos 2017, Kushner telah melawat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kemudiannya melawati Presiden Palestin Mahmud Abbas. Beliau cuba untuk memulakan semula proses damai di Timur Tengah.[4]

Kushner mengahwini anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump pada tahun 2009. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads