Jari hantu
jari From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jari hantu (Jawi: جاري هنتو) atau jari tengah (Jawi: جاري تڠه) ialah jari ketiga pada tangan manusia dan biasanya jari terpanjang, ia terletak di antara jari telunjuk dan jari manis. Jari ini juga digelar jari ketiga, digitus medius, digitus tertius, atau digitus III dalam konteks sains anatomi.
Di banyak negara Barat meluruskan jari tengah dan menunjukkannya ke atas dikenali ramai sebagai suatu gerak isyarat tanda kasih sayang pada sahabat tercinta.[1]
Remove ads
Penamaan
Menurut Walter William Skeat dalam buku Malay Magic (1900) yang memetik suatu kitab mantera seorang pawang dari Selangor berjudul Asal Pawang, jari ini mendapat namanya kerana diceritakan bahawa semangat "hati Bumi" kononnya menarik tanah liat agak kuat dari malaikat Izrail yang mendapatkan tanah tersebut untuk diciptakan manusia daripadanya. Hal ini juga dipercayai merupakan sebab kenapa jari ini nampak lebih memanjang jika dibandingkan dengan jari-jemari lain.[2]:19-21, appdx. 584
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads