Tangan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tangan
Remove ads

Tangan atau kata lamanya lima[1] ialah bahagian badan pada hujung lengan manusia dan haiwan primat. Tangan merupakan organ utama yang digunakan untuk memanipulasi persekitaran. Kebanyakan manusia mempunyai dua belah tangan, biasanya dengan empat jari dan satu ibu jari. Bahagian dalam tangan dikenali sebagai telapak tangan. Apabila semua jari digenggam erat, tangan membentuk penumbuk. Sambungan antara jari dipanggil sendi.

Fakta Segera Butiran, Urat ...
Remove ads

Struktur

Bahagian

Bahagian-bahagian utama tangan termasuklah:

  • Tapak tangan (palmar atau volar)
  • Bahagian belakang tangan (dorsal)

Bagi bahagian kiri dan kanan tangan pula, dua bahagian pula digunakan, bahagian ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu dipanggil sebagai bahagian radial, yakni bahagian tulang radius di lengan, manakala selebihnya pula dipanggil sebagai bahagian ulnar, yakni bahagian tulang ulna.

Jari tangan

Secara normal, sebuah tangan manusia memiliki lima jari, iaitu ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng. Suatu organisma boleh memiliki lebih banyak (polidaktili) atau lebih sedikit (oligodaktili) jari daripada jumlah normal.

Tulang

Rangka tangan manusia memiliki 27 tulang setiap satu.[2] Di bahagian bawah ialah lapan tulang pendek iaitu tulang karpal yang disusun dalam dua barisan, yakni (dari ibu jari):

  • Proksimal: skafoid, lunat, trikuetral dan pisiform;
  • Distal: trapezium, trapezoid, kapitat dan hamat.

Di atas tulang-tulang karpal ialah lima tulang metakarpal di tapak tangan. Setiap tulang tersebut bersambung dengan sebaris tulang falanks bagi setiap jari yang disambungkan dengan sendi metakarpofalanks, yakni buku jari. Empat jari memiliki tiga falanks bagi setiap satu (proksimal, tengah dan distal) manakala ibu jari hanya memiliki dua falanks, proksimal dan distal.[3]

Saraf

Thumb
Kawasan rangkuman saraf di bahagian lengan dan tangan.

Terdapat tiga jenis saraf utama di tangan, iaitu saraf ulnar, median dan radius.

Maklumat lanjut Jenis saraf, Kawasan tangan ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads