Jeju (wilayah)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jeju (wilayah)
Remove ads

Wilayah Jeju atau Jeju-do adalah satu-satunya wilayah pemerintahan sendiri khas di negara Korea Selatan. Wilayah ini terletak di Pulau Jeju iaitu di selatan wilayah Jeolla Selatan. Ibu kotanya ialah Bandaraya Jeju. Wilayah ini dahulunya adalah sebahagian daripada wilayah Jeolla Selatan sebelum ia berpisah pada tahun 1946.

Fakta Segera Wilayah Pentadbiran Khas Jeju, Transkripsi bahasa Korea ...

Dialek yang digunakan di wilayah ini ialah loghat Jeju. Dialek ini sangat berbeza dengan dialek di bahagian tanah besar Korea dan ia sangat menyerupai bahasa Jepun. Ini disebabkan oleh hubungan kebudayaan dan sejarah yang sangat erat dengan Jepun pada masa dahulu.

Remove ads

Pembahagian pentadbiran

Sehingga tahun 2005, Wilayah Jeju terbahagi kepada dua buah bandar raya (시, si) iaitu Jeju dan Seogwipo serta dua buah kaunti (군, gun) iaitu Bukjeju (Utara Jeju) dan Namjeju (Selatan Jeju). Dua bandar raya tersebut dibahagikan lagi kepada 31 buah kejiranan (dong) dan 2 kaunti itu pula dibahagi kepada 7 buah pekan (읍, eup) dan 5 daerah (myeon). Pekan dan daerah tadi dibahagi lagi kepada 551 buah kampung (ri).

Pada tahun 2005, dua buah kaunti dalam wilayah ini iaitu Bukjeju dan Namjeju telah dicantumkan kepada bandaraya Jeju dan Seogwipo masing-masing hasil daripada pungutan suara terhadap penduduk Jeju.

Maklumat lanjut Peta, # ...
Remove ads

Geografi

Pulau Jeju adalah pulau bergunung berapi dimana terletaknya Gunung Hallasan, gunung berapi setinggi 1 950 meter dari aras laut.

Iklim

Maklumat lanjut Data iklim untuk Bandaraya Jeju, Jeju (1981-2010), Bulan ...


Maklumat lanjut Data iklim untuk Seogwipo-si, Jeju-do (1981-2010), Bulan ...


Maklumat lanjut Data iklim untuk Seongsan-eup, Jeju-do (1981-2010), Bulan ...


Maklumat lanjut Data iklim untuk Gosan-ri, Jeju-do (1981-2010), Bulan ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads