Jeolla Selatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jeolla Selatan atau Jeollanam-do merupakan sebuah wilayah yang terletak di barat daya negara Korea Selatan.
Remove ads
Sejarah
Semasa pemerintahan Samhanci iaitu Proto-Tiga Kerajaan Korea, Jeolla Selatan dimiliki oleh Mahan.[1] Semasa era pemerintahan Tiga Kerajaan Korea, Jeolla Selatan dimiliki oleh Gujihakseong (구지하성; 久知下城) iaitu lima kawasan Baekje (백제; 百濟) selatan, dengan Mujinju (무진주; 武珍州) sebagai pusatnya.[1]
Semasa pemerintahan Silla Bersatu dengan tertubuhnya sembilan wilayah dan lima wilayah bawahan, kawasan ini kekal di bawah pemerintahan Mujinju. Pada tahun ke-16 iaitu pemerintahan Raja Gyeongdeok (757), Mujinju telah dinamakan semula kepada Muju (무주; 武州) dan menyelia 15 daerah (군; 郡) dan 43 wilayah (군; 縣).[1]
Pada tahun ke-2 Raja Seongjong dari Goryeo (983), iaitu ketika penyusunan semula bahagian pentadbiran negara dipecahkan kepada dua belas mok (목). Maka Naju-mok dan Seungju-mok telah ditubuhkan. Pada tahun ke-14 pemerintahan Raja Seongjong (995), pelaksanaan sistem wilayah (도) diperkenalkan. Negara Korea telah dibahagikan kepada sepuluh wilayah (도), dan wilayah ini dipanggil Haeyangdo (해향도; 海陽道). Pada tahun ke-9 pemerintahan Raja Hyeonjong pula, gabungan wilayah antara Haeyangdo dan Gangnamdo berlaki di bawah satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Jeollado (全羅道) secara rasmi.[1]
Remove ads
Geografi
Wilayah ini adalah sebahagian daripada wilayah Honam. Jeolla Selatan bersempadan dengan Laut Kuning di bahagian barat, wilayah Jeolla Utara di bahagian utara, Selat Jeju di bahagian selatan, dan wilayah Gyeongsang Selatan di bahagian timur.
Terdapat hampir 2,000 pulau di sepanjang pesisiraan pantai, kira-kira tiga perempat daripadanya tidak berpenghuni. Garis pantai adalah kira-kira 6,100 kilometer (3,800 mi) panjangnya. Sebahagian daripada hasil laut, khususnya penanaman tiram dan rumpai laut yang diushahakan oleh penduduk Jeolla Selatan telah memacu ekonomi Korea Selatan.
Remove ads
Demografi
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads