Jenjang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Burung jenjang (Jawi: بوروڠ جنجڠ) adalah sejenis burung dalam keluarga Gruidae[1] bercirikan kaki dan leher panjang (yakni "jenjang"; Jawi: جنجڠ)[2] dalam kumpulan Gruiformes. Terdapat 15 spesies burung ini dalam keluarga ini yang digolongkan ke dalam empat genus iaitu Antigone, Balearica, Leucogranus, dan Grus;[1] burung-burung ini mendiami tanah-tanah lembap atau berumput di hampir semua benua dunia kecuali Antartika dan Amerika Selatan. Ada spesies yang berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam suatu jarak yang jauh pada setiap musim.[3]
Remove ads
Taksonomi
Nama keluarga Gruidae diberikan daripada genus Grus, nama genus tersebut datang daripada nama lama spesies Grus grus yang diberikan oleh Carl Linnaeus iaitu Ardea grus; nama spesies ini dijejak daripada perkataan grus dalam bahasa Latin yang bermaksud "burung jenjang".[4]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads