Justin Trudeau

Perdana Menteri Kanada ke-23 From Wikipedia, the free encyclopedia

Justin Trudeau
Remove ads

Justin Pierre James Trudeau PC MP (lahir 25 Disember 1971) merupakan ahli politik Kanada dan bekas guru yang berkhidmat sebagai perdana menteri Kanada yang ke-23 dari 2015 hingga 2025. Seorang ahli parti Liberal Kanada, Trudeau berkhidmat sebagai ketua parti tersebut dari 2013 hingga 2025, dan ahli parlimen (MP) untuk Papineau sejak 2008.[1][2] Beliau juga merupakan anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau serta yang pertama sebagai anak kepada perdana menteri terdahulu untuk menyandang jawatan tersebut.[3][4]

Fakta Segera Yang Amat BerhormatMP, Perdana Menteri Kanada ke-23 ...
Remove ads

Awal hidup

Trudeau lahir di Ottawa dan menghadiri Collège Jean-de-Brébeuf. Beliau menerima ijazah BA dalam kesusasteraan Inggeris dari Universiti McGill pada 1994 dan BEd dari Universiti British Columbia pada 1998. Beliau menjadi terkenal di khalayak ramai ketika pembacaan belasungkawa untuk mendiang bapanya pada Oktober 2000.[5]

Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai guru di Vancouver, mengkaji kejuruteraan, dan mengejar ijazah sarjana dalam Geografi Persekitaran. Beliau juga menggunakan kenamaannya untuk terlibat dalam beberapa kegiatan aktivisme tertentu, termasuk berlakon dalam siri TV The Great War pada tahun 2007.[6]

Dalam pertemuan penuh nostalgia pada tahun 1982, Justin Trudeau pada usia 11 tahun dibawa bapanya, Perdana Menteri Kanada ketika itu, Pièrre Elliot Trudeau bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Sempena hari ulang tahun Mahathir pada 10 Julai 2018, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Julia Bentley menghadiahkan kepada Mahathir foto pertemuan bersejarah itu yang menunjukkan Trudeau bersalam dengan Mahathir.[7][8]

Remove ads

Karier politik

Setelah mendalami politik ekoran pemergian bapanya, Trudeau terpilih pada pilihan raya umum 2008 untuk mewakili Papineau di House of Commons.

Sebagai anggota pembangkang kerajaan Kanada, 2008–2015

Pada 2009, beliau dilantik sebagai pengkritik Kementerian Belia dan Kepelbagaian Budaya bagi pihak pembangkang dan pada tahun berikutnya menjadi pengkritik Kewarganegaraan dan Imigresen. Pada 2011 pula beliau dilantik sebagai pengkritik Pendidikan Menengah dan Belia dan Sukan Amatur. Trudeau memenangi jawatan ketua Parti Liberal pada April 2013, kemudian memimpin partinya ke arah kemenangan di pilihan raya umum Kanada 2015, yang melonjakkan Liberal dari tempat ketiga dengan 36 kerusi kepada 184 kerusi, iaitu peningkatan kerusi terbesar oleh sesebuah parti dalam sejarah pilihan raya Kanada.

Remove ads

Sebagai Perdana Menteri Kanada

Thumb
Justin Trudeau bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Biarritz, 25 Ogos 2019

Pada 17 November 2018, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad bertemu pada mesyuarat dua hala di Stanley Hotel, Port Moresby, Papua New Guinea bagi membincangkan mengenai hubungan sosio-ekonomi antara kedua-dua negara selama setengah jam.[9]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads