Jython
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jython yang dulunya dikenali sebagai "JPython" adalah pelaksanaan untuk bahasa pengaturcaraan Python yang ditulis sepenuhnya menggunakan Java. Pencipta asal bagi Jython adalah Jim Hugunin.
Remove ads
Remove ads
Gambaran keseluruhan
Program yang ditulis dengan Jython boleh mengimport dan menggunakan mana-mana kelas Java. Program Jython tidak menggunakan modul Python melainkan beberapa modul piawai, tetapi sebaliknya menggunakan kelas Java. Jython dilengkapi dengan kesemua modul dalam edaran Python piawai, kecuali yang dilaksanakan pada asalnya dalam C. Sebagai contoh, antara muka pengguna grafik dalam Jython boleh ditulis dengan Swing, AWT atau SWT. Jython dikompilkan kepada kod bait Java samada semasa diminta atau secara statik.
Remove ads
Sejarah
Jython pada asalnya dinamakan JPython dan dicipta oleh Jim Hugunin di penghujung tahun 1997.[3] Tujuan ia dicipta ialah untuk menggantikan C dengan Java untuk kod-kod yang mementingkan prestasi yang digunakan oleh atur-atur cara Python. Pada tahun 1999, Barry Warsaw mengambil alih sebagai pembangun utama dan memindahkan kod JPython ke SourceForge sambil menukar namanya kepada Jython pada tahun 2000.[3]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads