Kabinet Indonesia Maju

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kabinet Indonesia Maju
Remove ads

Kabinet Indonesia Maju merupakan kabinet pemerintahan Indonesia yang dibentuk pada 23 Oktober 2019[1] dan berterusan untuk sepanjang lima tahun pemerintahan Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Ma'ruf Amin. Kabinet ini terdiri daripada 34 orang Menteri dan 8 orang pegawai bertaraf Menteri, di samping 12 orang Timbalan Menteri yang membantu Menteri masing-masing melaksanakan fungsi Kabinet.

Fakta Segera Tarikh dibentuk, Tarikh dibubarkan ...
Remove ads

Pimpinan

Maklumat lanjut Presiden, Naib Presiden ...

Jemaah menteri

Maklumat lanjut No., Portfolio ...
Keterangan
  1. Disahkan positif COVID-19.[2]
  2. Suspek kes rasuah eksport biji udang galah.[3]
  3. Suspek kes rasuah Bantuan Sosial (Bansos) COVID-19.[4]

Pegawai Bertaraf Menteri

Maklumat lanjut No., Portfolio ...
Remove ads

Timbalan menteri

Thumb
Potret Timbalan Menteri semasa perkenalan pada 25 Oktober 2019

Sejak berkuatkuasanya Undang-Undang Nombor 39 Tahun 2008, Presiden boleh melantik Timbalan Menteri di kementerian tertentu. Timbalan Menteri (Indonesia: Wakil Menteri) merupakan jawatan kerjaya dan bukan merupakan jemaah kabinet. Berikut adalah Timbalan-timbalan menteri yang mendampingi beberapa orang menteri dalam Kabinet Indonesia Maju.

Maklumat lanjut Timbalan Menteri, Tempoh ...
Remove ads

Pengubahsuaian

Rombakan Kabinet I

Pada 22 Disember 2020, Presiden Joko Widodo umum rombakan kabinet susunan Kabinet Indonesia Maju dengan menggantikan enam menteri.[5] Mereka dilantik pada 23 Disember 2020.[6]

  1. Tri Rismaharini, Datuk Bandar Surabaya menggantikan Menteri Hal Ehwal Sosial Juliari Batubara.
  2. Sandiaga Uno, bekas Timbalan Gabenor DKI Jakarta menggantikan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wishnutama Kusubandio.
  3. Budi Gunadi Sadikin, Timbalan Menteri Syarikat Milik Negara I, menjadi Menteri Kesihatan menggantikan Terawan Agus Putranto.
  4. Yaqut Cholil Qoumas, ahli Dewan Perwakilan Rakyat, bertugas sebagai Menteri Agama menggantikan Fachrul Razi.
  5. Sakti Wahyu Trenggono, Timbalan Menteri Pertahanan, bertugas sebagai Menteri Kelautan dan Perikanan menggantikan Edhy Prabowo.
  6. Muhammad Lutfi, Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat, menggantikan Menteri Perdagangan Agus Suparmanto

Dihari yang sama, Presiden Joko Widodo juga melantik lima timbalan menteri, yang komposisinya ialah dua timbalan menteri pengganti dan tiga timbalan menteri baru.[7]

  1. Muhammad Herindra sebagai Timbalan Menteri Pertahanan menggantikan Sakti Wahyu Trenggono.
  2. Pahala Mansury sebagai Timbalan Menteri Syarikat Milik Negara I menggantikan Budi Gunadi Sadikin.
  3. Dante Saksono Harbuwono sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
  4. Harvick Hasnul Qolbi sebagai Timbalan Menteri Pertanian.
  5. Edward Omar Sharif Hiariej sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

Rombakan Kabinet II

Pada 27 April 2021, Presiden Joko Widodo umum rombakan kabinet dengan melantik dua menteri baru hasil penggabungan antara Kementerian Penyelidikan dan Teknologi dengan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.[8] Selain daripada itu, Kementerian Pelaburan juga ditubuhkan. Mereka dilantik pada 28 April 2021.[9][10]

  1. Nadiem Makarim, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, menjadi Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan, dan Teknologi.
  2. Bahlil Lahadalia, Ketua Badan Penyelarasan Pelaburan Modal (BKPM), menjadi Menteri Pelaburan merangkap Ketua BKPM.

Rombakan Kabinet III

Selepas masuknya Parti Amanat Nasional ke kerajaan, Presiden Joko Widodo langsung melakukan rombakan kabinet secara mengejutkan. Pada 15 Jun 2022, Jokowi memanggil semua ketua-ketua parti kerajaan, termasuk Pengerusi Parti Amanat Nasional, Zulkifli Hasan. Ada dua menteri dan tiga timbalan menteri baharu dalam kabinet, yaitu:

  1. Zulkifli Hasan sebagai Menteri Perdagangan menggantikan Muhammad Lutfi.
  2. Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Agraria dan Perancangan Ruang menggantikan Sofyan Djalil.
  3. John Wempi Wetipo berpindah jawatan dari semula Timbalan Menteri Kerja Raya dan Perumahan Rakyat menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
  4. Raja Juli Antoni sebagai Timbalan Menteri Agraria dan Perancangan Ruang menggantikan Surya Tjandra.
  5. Afriansyah Noor sebagai Timbalan Menteri Buruh dalam portfolio baharu.
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads