Takwim
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Takwim (disebut [tak.wim] daripada istilah Arab: تقويم, rumi: taqwīm), kalendar (disebut [ka.lén.dar]) atau penanggalan (disebut [pĕ.nang.ga.lan]) merupakan satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi, seperti matahari atau bulan. Takwim juga boleh merupakan satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.
Remove ads
Peristilahan
Takwim meminjam dari bahasa Arab melalui terbitan kata dasar قَوَّمَ qawwama yang bermaksud "membetulkan; membaiki"[1][2] secara lanjut lagi bermakna "jadual perhitungan waktu.[2] Sumber-sumber Arab yang memberi asal pengungkapan ini berbeza pendapat dalam pemahaman mengenai takwim ini:
- al-Mu’jam al-`Arabi al-Asasi mentakrifkan ia sebagai "daftar hari yang membahagikan tahun kepada bulan disertakan dengan maklumat tarikh kelepasan am, perayaan, jadual waktu solat dan fenomena falak".[3]
- Dairah al-Ma`arif mengaitkan ia dengan "lembaran...jadual hari, minggu dan bulan...disertakan dengan waktu terbit terbenam matahari dan bulan, tarikh-tarikh perayaan dan sebagainya"[4]
- Al-Mu’jam al-Wasit pula memberi takrif ringkas iaitu "perhitungan waktu merangkumi tahun, bulan dan hari".[5]
Kalendar meminjam sama dari bahasa Inggeris calendar atau bahasa Belanda kalender menyerap dari istilah bahasa Latin Calendae iaitu "hari pertama dalam sebulan" turunan calare "memanggil", yakni panggilan para pendeta melihat anak bulan menentukan peredaran masa dalam Rom.[6] Penanggalan merupakan terbitan kata dasar tanggal yang bermaksud "hari bulan" dalam bahasa Jawa kuno.[7]
Remove ads
Jenis
Jenis takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi yang diikuti:
- Takwim suria (solar) - berpandukan peredaran matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim; contohnya takwim Gregorius dan takwim Julius.
- takwim qamari (lunar) - berpandukan bulan semata-mata, iaitu mengikut fasa bulan; contohnya takwim Hijrah.
- takwim qamari-suria (lunisolar) - mengikut kedua-dua bulan dan matahari; contohnya takwim Cina.
Masih digunakan
- Takwim Cina
- Takwim Gregorius
- Takwim Julius
- Takwim Hijrah
- Takwim Iran
Sudah pupus
- Kalendar Aztek
- Takwim Maya
- Takwim Positivis
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads