Anak bulan

fasa bulan pertama From Wikipedia, the free encyclopedia

Anak bulan
Remove ads

Dalam bidang ilmu falak, anak bulan (Jawi: انق بولن) atau hilal (Jawi: هلال) ialah fasa bulan yang berlaku apabila Bulan yang beredar mengelilingi Bumi duduk sebaris di antara Bumi pada satu belahnya dan Matahari di sebelah lainnya. Pada ketika ini, bahagian permukaan Bulan yang gelap atau tidak terkena cahaya matahari menghadap Bumi; maka, ia tidak kelihatan dengan mata kasar.

Thumb
Gambar hasil simulasi komputer menunjukkan bulan sabit pertama yang kelihatan, salah satu definisi bagi anak bulan yang digunakan dalam beberapa kalendar lunar dan lunisolar.

Rupa fasa anak bulan berbentuk bulan sabit dengan sudut lengkuk di antara dua hujungnya yang paling kecil berukuran di antara 5–7°;[1]:100902-100904 pencerapan fasa ini lazimnya dilakukan di ufuk barat dalam waktu yang singkat antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Bulan sabit pertama ini menandakan bermulanya satu bulan dalam beberapa takwim qamari seperti takwim Hijrah. Penggunaan ini juga ditemukan dalam beberapa takwim qamari-suria seperti takwim Ibrani. Namun dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap.

Dalam bidang astronomi, anak bulan dibezakan dengan bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, iaitu berlaku ketika kesebarisan dalam longitud gerhana dengan Matahari, dan Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan berlakunya gerhana matahari. Tempoh masa Bulan untuk melengkapkan semua fasanya, ialah rata-rata 29.5306 hari (atau 29 hari, 12 jam, 44 minit, dan 3 saat).[2] Namun, tempoh ini boleh berubah-ubah di antara 29.26 hingga 29.80 hari oleh kerana kesipian orbit Bulan yang disebabkan oleh graviti Matahari.

Thumb
Fasa Bulan mengikut kedudukan Bulan dalam orbit mengelilingi Bumi. Rajah ini dilihat dari atas Kutub Utara.
Remove ads

Penentuan

Sela masa antara terbitnya satu anak bulan dengan satu anak bulan yang seterusnya berubah-ubah. Masa purata antara anak bulan, bulan sinod, adalah lebih kurang 29.530588861 hari. Rumus anggaran untuk mengira purata masa bagi anak bulan (persilangan antara Matahari dan Bulan) bagi bulan berturut-turut ialah:

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads