Kaley Cuoco

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kaley Cuoco
Remove ads

Kaley Christine Cuoco (/ˈkli ˈkwk/ KAY-lee-_-KWOH-koh; lahir 30 November 1985)[1] merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau mula terkenal menerusi sitkom 8 Simple Rules sebagai Bridget Hennessy dari tahun 2002-2005 dan sebagai Billie Jenkins menerusi siri TV, Charmed (2005–2006). Pada tahun 2007, beliau muncul sebagai Penny menerusi sitkom The Big Bang Theory, yang mana melayakkan beliau menerima beberapa anugerah seperti Pelakon Wanita Terbaik di Satellite Award, Pelakon Pembantu Wanita dalam Siri Komedi Terbaik di Critics' Choice Television Award, dan People's Choice Awards. Cuoco juga pernah muncul dalam filem seperti To Be Fat like Me (2007), Hop (2011) dan Authors Anonymous (2014). Pada tahun 2014, beliau menerima bintang Hollywood Walk of Fame.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Cuico dan Johnny Galecki yang juga pelakon bagi The Big Bang Theory pernah bercinta hampir dua tahun sehingga Disember 2009 dan pada September 2010, Cuico memberitahu CBS Watch bahawa hubungan mereka masih baik sungguhpun telah berpisah.[3] Cuico juga pernah melangsungkan pertunangan dengan Josh Resnik pada Oktober 2011, sebelum memutuskannya pada Mac 2012.[4] Cuoco kemudiannya bertunang dengan pemain tenis profesional, Ryan Sweeting pada September 2013, selepas tiga bulan bercinta dan berkahwin pada 31 Disember 2013 di Santa Susana, California.[5] Pada 25 September 2015, pasangan ini mengumumkan untuk bercerai[6] dan penceraian mereka disahkan pada Mei 2016.[7] Cuico berpacaran dengan Karl Cook selepas bercerai.[8] Mereka bertunangan pada 30 November 2017, ulang tahun ke-32 Cuoco,[9] dan menikah pada 30 Juni 2018.[10]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads