Kalimantan

Daerah di Pulau Borneo From Wikipedia, the free encyclopedia

Kalimantanmap
Remove ads

Kalimantan ialah bahagian pulau Borneo yang di bawah pemerintahan Indonesia.[2] Kawasan ini meliputi 73 peratus daripada keseluruhan luas kawasan pulau tersebut. Bahagian pulau Borneo yang bukan di bawah pemerintahan Indonesia ialah Brunei dan Malaysia Timur. Pada tahun 2019, Presiden Indonesia Joko Widodo mencadangkan untuk memindahkan ibu negara Indonesia dari Jakarta di pulau Jawa ke kawasan ini.[3][4]

Fakta Segera Negara, Provinsi ...
Remove ads

Asal nama

Terdapat beberapa huraian yang berbeza-beza tentang asalnya nama "Kalimantan":

  1. Menurut Kesultanan Brunei yang sebelumnya merupakan sebuah kerajaan yang besar (yang mencakupi Sarawak dan sebahagian Sabah kerana sebahagian Sabah dimiliki oleh Kesultanan Sulu-Mindanao), para pedagang Portugis menyebutnya sebagai Borneo dan nama itu kemudian digunakan oleh orang-orang Eropah. Namun penduduk asli menyebutnya sebagai "Pulo Klemantan".
  2. Menurut Crowfurd dalam "Kamus Deskriptif Pulau India" (Descriptive Dictionary of the Indian Island) (1856), perkataan "Kalimantan" ialah nama untuk sejenis buah mangga sehingga pulau Kalimantan dianggap sebagai sebuah pulau mangga. Namun beliau menambah bahawa perkataan itu berbau dongeng dan tidak popular.
  3. Menurut Dr. B. Ch. Chhabra dalam jurnal M.B.R.A.S., Jilid XV, bahagian 3, m.s. 79, kebiasaan bangsa India kuno untuk menyebut nama tempat sesuai dengan hasil bumi, umpamanya jewawut dalam bahasa Sanskrit yawa menyebabkan Pulau Jawa disebut yawadwipa dan berdasarkan analogi yang sama, pulau buah mangga ini dengan nama bahasa Sanskrit, Amra-dwipa yang berubah menjadi "Kalimantan".
  4. Menurut C. Hose dan Mac Dougall, perkataan "Kalimantan" berasal daripada enam golongan suku-suku setempat, iaitu Dayak Laut (Iban), Kayan, Kenya, Klemantan, Munut, dan Punan. Dalam karyanya, "Manusia Semula Jadi, Sebuah Catatan dari Borneo" (Natural Man, a Record from Borneo) (1926), C. Hose menjelaskan bahawa "Klemantan" ialah nama baru yang digunakan oleh bangsa Melayu.
  5. Menurut W.H. Treacher dalam British Borneo di dalam jurnal M.B.R.A.S (1889), buah mangga liar tidak dikenali di Kalimantan utara. Lagi pula Borneo tidak pernah dikenali sebagai pulau yang menghasilkan buah mangga malah mungkin sekali daripada sebutan Pualu Sago kerana perkataan Lamantah ialah nama asli sagu mentah.
  6. Menurut Prof. Dr. Slamet Muljana dalam bukunya Sriwijaya  (LKIS 2006), perkataan "Kalimantan" bukannya perkataan bahasa Melayu asli tetapi kata pinjaman seperti perkataan "melayu" yang berasal daripada perkataan "malaya" di India ("malaya" bererti gunung). Kalimantan atau Klemantan  berasal daripada bahasa Sanskrit, Kalamanthana, iaitu pulau yang udaranya sangat panas atau membakar (kal[a] : musim, waktu dan manthan[a] : membakar). Kerana vokal a  pada akhir "kala" dan "manthana" menurut kebiasaan tidak disebut, maka "Kalamanthana" disebut sebagai Kalmantan.  Perkataan ini kemudian disebut oleh penduduk asli sebagai Klemantan atau Quallamontan yang akhirnya diturunkan menjadi Kalimantan.
Remove ads

Kawasan

Thumb
Peta Kalimantan (warna muda) dan provinsi komponennya.

Kawasan Indonesia meliputi 73 peratus daripada keseluruhan luas kawasan pulau Borneo dan diduduki oleh 69.5 peratus populasinya (13,772,543 di Bancian Penduduk Indonesia 2010 dan 16,625,796 di Bancian 2020.[5]).

Jumlah luas kawasan Kalimantan ialah 539,237.77 kilometer persegi (208,201 bt2).[6]





Pentadbiran

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Kini, Kalimantan dibahagikan kepada lima buah provinsi. Dari 1945 hingga 1956, kawasan ini ditadbir sebagai satu provinsi, tetapi pada tahun 1957, provinsi Kalimantan Tengah ditubuhkan dengan membelahkannya daripada Kalimantan Selatan yang sudah wujud pada masa itu. Terdapat hanya empat provinsi hingga 25 Oktober 2012, apabila Kalimantan Utara dibelahkan daripada Kalimantan Timur.

Maklumat lanjut Province, Luas kawasan (km2) ...

Demografi

Kumpulan etnik

Jumlah populasi kumpulan etnik terbesar berdasarkan banci 2010:

Maklumat lanjut Etnik, and ...

Agama

Maklumat lanjut Agama di Kalimantan (Banci 2010) ...

Jumlah penganut agama terbesar berdasarkan banci 2010:

Maklumat lanjut Agama, Jumlah ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luaran

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads