Kampung Lumut

kampung di Daerah Belait, Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia

Kampung Lumutmap
Remove ads

Kampung Lumut ialah sebuah kawasan pesisir pantai di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Lumut ialah KC4335.[2]

Fakta Segera Negara, Daerah ...
Remove ads

Geografi

Kampung Lumut ialah petempatan 'asal' yang mana Lumut, sebagai sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi petempatan ini dan beberapa petempatan di sekitarnya, diambil nama daripadanya.[perlu rujukan] Kampung Lumut berjiran dengan Kampung Sungai Bakong di bahagian selatan dan Kampung Sungai Taring di bahagian barat daya.[3] Ia juga merupakan salah satu petempatan yang terletak di pesisir pantai dengan Laut Cina Selatan.

Remove ads

Pentadbiran

Kawasan Kampung Lumut secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Lumut adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[perlu rujukan]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads