Kanta

bahan lutsinar yang membiaskan cahaya From Wikipedia, the free encyclopedia

Kanta
Remove ads

Kanta atau lensa merupakan suatu alat sama ada untuk menumpukan atau untuk menyerakkan cahaya, biasanya diperbuat daripada kaca.

Thumb
Kanta

Binaan dan bentuk kanta

Struktur kanta yang paling biasa ialah kanta sfera yang dibentuk oleh dua kelengkungan, iaitu permukaan depan dan permukaan belakang. Kedua-dua permukaan ini boleh dibayangkan dibentuk daripada sebahagian sfera dengan jejari-jejari, J1 dan J2, yang juga dinamakan "jejari kelengkungan" permukaan itu.

Kanta yang berlengkung menguak keluar dipanggil kanta cembung dengan nilai positif saat permukaan kanta melengkung keluar menjauhi titik pusat kanta; kanta cekung yang berlawanan mempunyai nilai negatif ciri ini. Lengkungan ini boleh wujud sama ada pasa satu sisi sahaja (kanta satah) mahupun berganda seperti kanta cembung cekung atau kanta meniskus (meniscus lens).

Remove ads

Jenis

Thumb
Jenis kanta.
1 - Kanta dwicembung bersimetri.
2 - Kanta dwicembung tak bersimetri
3 - Kanta plano cembung.
4 - Kanta meniskus positif.
5 - Kanta dwicekung bersimetri.
6 - Kanta dwicekung tak bersimetri.
7 - Kanta plano cekung.
8 - Kanta meniskus negatif.

Kanta sederhana (simple lens, singlet lens)

Kanta sederhana melengkung pada satu sisi sahaja. Kanta sederhana sangat rentan terhadap aberasi kromatik dan aberasi optis lainnya.

Kanta cembung

Pada kanta cembung, sinar yang merambat melalui kedua permukaan akan dibiaskan (terfokus) menuju ke satu titik pada sumbu optis kanta, yang disebut jarak fokus (en: focal length). Kanta cembung dalam bahasa Inggris juga disebut positive lens atau converging lens. Kanta cembung membentuk focal point pada sisi berlawanan dengan persamaan lens maker:[1]

di mana:

  • adalah jarak citra dan sesuai cara bernilai negatif pada sisi yang sama dengan sasaran[1]
  • adalah 'rentang vokal, bernilai negatif untuk kanta cekung

dan persamaan magnifikasi kanta:

Kanta cembung bersifat konvergen dan nilai fokusnya positif.

Kanta cembung (bernilai positif atau konvers) terdiri dari 3 jenis iaitu:

  • Cermin cembung (bikonveks)
  • Cembung datar (plankonveks)
  • Cembung cekung (konkaf–konveks)

Kanta cekung

Pada kanta cekung, sinar yang merambat akan dibiaskan menjauhi titik optis kanta dengan unjuran banyangan sinar menuju ke satu titik, seperti pada gambar. Kanta cekung bersifat berpincang dan nilai fokusnya negatif.

Kanta cekung (bernilai negatif atau konkaf) terdiri dari 3 jenis iaitu:

  • Cermin cekung (bikonkaf)
  • Cekung datar (plankonkaf)
  • Cembung cekung (konveks–konkaf)
Maklumat lanjut Ruang Benda, Ruang Bayangan ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads