Cyprinidae

keluarga ikan From Wikipedia, the free encyclopedia

Cyprinidae
Remove ads

Cyprinidae ialah keluarga ikan air tawar yang umumnya dipanggil keluarga kap. Ia sebuah kumpulan besar ikan yang berasal dari Amerika Utara, Afrika dan Eurasia.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus jenis ...

Cyprinidae ialah keluarga ikan terbesar; ia juga merupakan keluarga haiwan vertebrata terbesar, dengan kira-kira 3000 spesies yang diketahui. Hanya kira-kira 1300 daripada ini masih wujud, terbahagi kepada kira-kira 200 genus yang sah.[1]

Keluarga ini termasuk banyak ikan yang diketahui oleh manusia. Beberapa spesies telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia. Yang lain juga terkenal sebagai ikan hias, seperti pelbagai jenis ikan emas dan koi. Akibatnya, ada banyak ikan yang telah dilepaskan di pelbagai tempat, sungguhpun dengan pelbagai hasil.

Remove ads

Penamaan

Nama "Cyprinidae" berasal daripada bahasa Yunani "κυπρῖνος" (AFA /ciˈpri.nos/), yang maksud "ikan kap".

Sesetengah orang menganggap kesemua ikan Cyprinidae sebagai "kap", tetapi bagi kegunaan harian, "kap" biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar, seperti:

  • Cyprinus carpio (kap biasa atau likuh)
  • Carassius carassius (kap kerusia)
  • Ctenopharyngodon idella (kap rumput)
  • Hypophthalmichthys molitrix (kap perak)
  • Hypophthalmichthys nobilis (kap kepala besar)
Remove ads

Ciri-ciri

Ikan Cyrprinidae yang terbesar ialah ikan keraho, Catlocarpio siamensis yang boleh mencapai panjang 3 m,[2] dan yang terkecil ialah ikan bekut kerdil, Paedocypris progenetica yang boleh mencapai panjang 10.3 mm sahaja.[3]

Semua ikan dalam keluarga ini bertelur, tetapi kebanyakannya tidak kekal untuk menjaga telur. Bagaimanapun, ada beberapa spesies yang membina sarang dan beberapa spesies yang bertelur dalam kerang, untuk membolehkan anaknya bertumbuh dalam cangkerang yang selamat.[4]

Kesemua ikan Cyprinidae adalah agastrik, iaitu mereka tidak ada perut. Selain itu, rahang mereka tidak mengandungi gigi. Namun begitu, mereka boleh mengunyah dengan menggunakan tulang insang dan bumbung mulut yang telah diubah suai untuk tujuan ini. Bentuk mulut khusus ini berbeza-beza antara spesies membolehkan penyelidik membezakan spesies yang berbeza. Spesies besar macam ikan kap biasa mempunyai "gigi" yang cukup kuat untuk menghancurkan cangkerang keras macam yang dipunyai oleh siput.

Kebanyakan ikan Cyprinidae memakan cacing, krustasea kecil dan tumbuhan air, tetapi terdapat spesies besar yang boleh menjadi pemangsa ikan kecil.[5]

Remove ads

Hubungan dengan Manusia

Makanan

Ikan Cyprinidae ialah ikan makanan penting di seluruh Eurasia. Terutamanya di kawasan yang terkurung darat, ikan Cyprinidae menjadi ikan yang paling biasa dimakan kerana mereka banyak terdapat di sungai dan tasik air tawar.[6]

Perosak

Ikan keluarga Cyprinidae boleh menjadi perosak, dan juga boleh digunakan untuk membasmi perosak yang lain. Di Amerika Syarikat, Ctenopharyngodon idella telah dilepaskan di tasik Pennsylvania untuk memakan tumbuhan perosak macam Elodea. Ikan ini umumnya dikebiri untuk menghalangnya membiak secara berlebihan. Bagaimanapun, di kawasan lain di Amerika, C. idella menjadi perosak, bila mereka kacau lumpur dasar sungai membuat air keruh dan juga bersaing dengan ikan asli untuk mendapatkan makanan.[7][8]

Ikan hias

Ikan Cyprinidae yang paling diketahui oleh ramai orang ialah ikan emas dan koi. Kap Prusia, Carassius gibelio mula dibiakkan di China sebelum tahun 1150 menjadi ikan emas hiasan yang terkenal kini. Ikan kap biasa juga dibiakkan di Jepun untuk menjadi ikan koi yang terkenal kini; dalam bahasa Jepun, kata "koi" merujuk hanya kepada kap biasa, semasa ikan koi hias dipanggil "nishikigoi", yang maksud "kap berkumis".

Selain itu, banyak spesies ikan Cyprinidae Asia Tenggara, contohnya ikan seluang, teruntuh dan wader, sangat popular di akuarium rumahan.

Pemuliharaan

Banyak spesies Cyprinidae sudah pupus akibat aktiviti manusia. Kebanyakannya adalah spesies dari Amerika Syarikat barat daya dan Mexico utara yang pupus akibat pencemaran dan aliran air untuk kegunaan manusia, dan spesies Asia Tenggara juga diancam oleh penangkapan ikan yang berlebihan dan kemusnahan habitat.[9][10]

Senarai Spesies

Thumb
Kumpulan kap memakan makanan yang dilempar pelancong di Urfa, Turki

Terdapat kira-kira 200 genus dan 1300 spesies dalam keluarga Cyprinidae. Kumpulan ini termasuk:

  • Labeo
    • Katla (Labeo catla)
    • Kap Nil (Labeo niloticus)
  • Tinca:
    • Tenka (Tinca tinca)
Remove ads

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads