Karom

From Wikipedia, the free encyclopedia

Karom
Remove ads

Karom adalah sejenis permainan yang berasal dari Asia Selatan menggunakan papan segi empat yang mempunyai lubang di setiap penjurunya, dan setiap pemain (biasanya ter­diri daripada dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik gundu untuk menolak kepingan bulat leper masuk ke dalam lubang. Permainan ini sangat poplar di Afghanistan, Nepal, India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, dan kawasan sekitarnya.

Thumb
Karom semasa dimainkan
Thumb
Papan karom
Remove ads

Asal usul

Permainan karom berasal dari India.[1] Satu papan karrom dengan permukaannya terbuat dari kaca masih ada di salah satu istana di Patiala, India.[2] Ia menjadi sangat terkenal di kalangan orang ramai selepas Perang Dunia Pertama. Pertandingan peringkat negeri diadakan di negeri-negeri yang berlainan di India pada awal abad kedua puluh. Kejohanan karom yang serius mungkin telah dimulakan di Sri Lanka pada tahun 1935 tetapi menjelang tahun 1958, kedua-dua India dan Sri Lanka telah membentuk persekutuan rasmi kelab karom, menaja kejohanan dan memberikan hadiah.[3]

Remove ads

Peralatan

Permainan ini biasanya dimainkan di papan yang diperbuat daripada papan lapis. Dimensi permainan piawai adalah permukaan permainan persegi 29 inci (74 cm) di atas papan lapis lakuer. Tepi permukaan permainan dibatasi oleh bumper kayu, dan bahagian bawah setiap poket ditutup dengan jaring yang berukuran 10cm2 atau lebih besar.[4]

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads