Hubungan Malaysia–Kanada
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Kanada From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hubungan Malaysia–Kanada merujuk kepada hubungan luar negeri dua hala antara dua negara, Kanada dan Malaysia. Kanada mempunyai sebuah suruhanjaya tinggi yang berpejabat di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai suruhanjaya tinggi di Ottawa.[1][2] Kedua-dua negara merupakan anggota penuh Komanwel. Kanada mempunyai sejarah panjang mengenai keakraban dan kemesraan hubungan dua hala dengan Malaysia[3] dan ia menjadi negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Malaysia.[4]
Remove ads
Sains dan teknologi
Kanada dan Malaysia mempunyai ikatan yang kuat dalam sektor aeroangkasa, teknologi hijau, pertanian, pengangkutan, minyak dan gas.[5] Terutamanya Petronas (syarikat minyak dan gas berkaitan kerajaan Malaysia) mempunyai 25% pemilikan ekuiti dalam LNG Canada, bernilai CAD 40 bilion, pelaburan sektor swasta terbesar dalam sejarah Kanada.[6] Kanada merupakan pemegang sumber kedua terbesar Petronas, selepas Malaysia.[7]
Remove ads
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Ottawa
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Ottawa ialah misi diplomatik Malaysia di Kanada. Ia terletak di 60 Boteler Street di Ottawa (45.433949°N 75.697474°W). Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada yang pertama ialah Tan Sri Ong Yoke Lin, yang dilantik pada April 1967.
Suruhanjaya Tinggi Kanada, Kuala Lumpur
Suruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Terdapat juga konsulat yang diketuai seorang Konsul di Pulau Pinang.[3]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads